[Gempar] Lee Jung Jae diangkat pemenang Best Actor (Drama) di Critic Choice Awards 2022

Lee Jung Jae berjaya merangkul kemenangan Best Actor (Drama) untuk Critic Choice Awards ke-27 yang berlangsung kali ini.

Lee Jung Jae, menerusi watak Seo Gi Hun lakonannya di dalam Netflix Squid Game, berjaya menewaskan Sterling K. Brown (NBC This Is Us), Mike Colter (CBS Evil), Brian Cox (HBO Succession) , Billy Potter (FX Pose), dan Jeremy Strong (HBO Succession) sekaligus menggondol trofi kemenangan tersebut.

Dalam ucapannya, Lee Jung Jae berterima kasih kepada tuhan, Netflix, krew Squid Game serta mereka yang mencintai Squid Game sehingga membolehkannya meraih anugerah berprestij tersebut. “Saya tak dapat gambarkan betapa kagumnya diri ini,” katanya yang mengakhiri ucapan tersebut.

Lee Jung Jae di dalam sesi karpet merah bersama Jung Ho Yeon dan Park Hae Soo.

Lee Jung Jae menjadi pelakon kelahiran Korea pertama memenangi anugerah lakonan di Critic Choice Awards dan pelakon kedua dicalonkan selepas Youn Yun Jung pada tahun sebelumnya.

Selain Critic Choice Awards, Lee Jung Jae turut membawa pulang trofi kemenangan Best Actor di Screen Guild Awards, Golden Globe Awards dan Independent Spirit Awards .

Sumber: nytimes