Sudahlah rambutnya merecik-recik basah, netizen terharu Jungkook BTS sudi kongsikan videonya baru balik meninju

Jungkook BTS berkongsikan satu klip video menerusi instastory-nya pada 11 Mac 2022.

Difahamkan Jungkook BTS baru saja melaksanakan rutin harian dengan berlatih tinju bersama jurulatih persendiriannya. Jungkook dilihat memalingkan mukanya berkali-kali dengan rambutnya yang masih kebasahan akibat baru direndam dengan air. Menariknya, Jungkook mengelipkan mata berulang-kali seolah-olah dalam keadaan terpinga-pinga, menyebabkan peminat berasa teruja menyaksikannya.

Klip video itu kemudiannya tertular di laman sosial twitter dan komuniti forum theqoo. Rata-rata netizen terharu apabila Jungkook sudi berkongsikan sisinya yang lain daripada kebiasaan.

Setelah menghabiskan hari pertama konsert jelajah di Seoul semalam, Jungkook akan meneruskan dua lagi siri konsertnya bersama BTS menjelang 12 hingga 13 Mac esok.

Penyanyi itu sempat berkongsikan luahannya dalam satu sesi interaksi bersama peminat sebaik saja konsert pertama berakhir semalam.

“Semuanya agak baik… tetapi sebenarnya susah. Bukan kerana tak boleh fokus kerana payah atau tak terhibur dengannya, tapi aku tak boleh guna tubuhku… Aku tak boleh bangun kerana memang susah sangat. Apapun, aku cuba bekerja kuat, dan aku rasa aku terlebih buat mana yang tak sepatutnya. Sebelum naik ke pentas, aku macam tak boleh nak bangun dan menjerit kerana tak banyak boleh buat. Aku ingatkan dah banyak tenaga aku curahkan dan aku alaminya sekali lagi… Korang kena alaminya juga untuk ketahui macammana aku rasa,” katanya.

Selain Seokjin yang mengingatkan peminat-peminat berkunjung ke konsert dengan memakai jaket esok kerana cuaca sejuk, Jungkook turut menyarankan peminat agar memakai pakaian yang berlapis-lapis dan sarung tangan.

“Jangan lupa bawa pek panas sekali. Ramalan kata hujan esok. Tak tahu hujan akan turun ke tak, tapi kalau bawa baju hujan, itu lebih baik,” tambahnya lagi.

Sumber: theqoo, star moneytoday

loading...