[Gempar] Lee Jung Jae & Jung Ho Yeon dinobatkan sebagai pemenang Best Actor & Best Actress Screen Actors Guild Awards ke-28

Lee Jung Jae dan Jung Ho Yeon berjaya dinobatkan sebagai pemenang Best Actor & Best Actress masing-masing untuk Screen Actors Guild Awards ke-28 kali ini.

Lee Jung Jae membawa pulang trofi kemenangan tersebut menerusi watak Seo Gi Hun lakonannya di dalam Netflix Squid Game dengan menewaskan Brian Cox (HBO Succession) , Billy Crudup ( Apple TV+ The Morning Show ), Kieran Culkin (HBO Succession) dan Jeremy Strong (HBO Succession). Dalam ucapannya, Lee Jung Jae yang nyata terkejut kerana tidak menyangka memenangi anugerah berprestij itu sehingga tidak mampu mengeluarkan nota ucapannya, berterima kasih kepada peminat dan krew Squid Game di akhir bicara.

Manakala Jung Ho Yeon yang merangkul trofi Best Actress pula telah menewaskan Jennifer Aniston (Apple TV+ The Morning Show), Elisabeth Moss Hulu The Handmaid’s Tale), Sarah Snook – (HBO Succession) , dan Reese Witherspoon (Apple TV+ The Morning Show) untuk lakonannya sebagai Kang Sae-byeok di dalam Netflix Squid Game. “Terima kasih. Saya pernah cakap sebelum ini selepas menonton kamu di tv, saya teringin nak jadi pelakon. Ia membuka peluang kepada saya. Terima kasih pada krew semua….,” katanya dengan nada terharu sehingga mengalirkan air mata.

Ini kali pertama pelakon daripada produksi Korea membawa pulang trofi kemenangan di anugerah berprestij itu manakala Jung Ho Yeon pula menjadi pelakon Korea kedua memenanginya selepas Sandra Oh lakukan pada tahun 2005. Selain itu, Netflix Squid Game turut merangkul anugerah Best Ensemble di SAG ke-28 ini juga, sekaligus menjadi produksi Korea pertama berjaya berbuat demikian.

Berkisarkan tentang peserta-peserta yang bersaing di dalam permainan berbahaya untuk merebut 45.6 billion won (~RM 158.6 juta), Squid Game mencipta rekod sebagai drama Netflix yang paling banyak mendapat bilangan penstriman dengan 1.65 billion telah dicatatkan di dalam tempoh empat minggu saja selepas pelancarannya pada 17 Sept 2021.

Sumber: yonhap news

loading...