“Korang akan rasai juga nanti” – Suho EXO tergelak kesedihan kenangkan jawapan balas Kai & Sehun sebaik saja dia habis berkhidmat

Suho EXO telah mengadakan sesi interaksi bersama peminat pada 19 Feb 2022 hari ini buat pertama kali sejak pulang daripada mengerjakan khidmat ketenteraan.

Suho berkongsikan bahawa dia tidak sabar untuk membuat persembahan bersama rakan-rakan EXO lain, selain mengaku bahawa dia sedang belajar bahasa Inggeris dengan tiga orang kenalan berpangkat cikgu.

Namun, apa yang membuatkannya tertawa seketika apabila mengenangkan jawapan balas Kai dan Sehun sewaktu dia baru saja habis menunaikan tempoh khidmat ketenteraannya.

“Aku tiada tempat untuk pergi, jadi aku risaukan keadaan Kai dan Sehun. Anggota lain sangat gembira berjumpa dengan aku, tetapi diorang ni pula macam iri hati pula. Xiumin dan Do kyung Soo ucapkan tahniah, Kai dan Sehun pula cakap, ‘Tahniah… Kami cemburu ni’ ,” ujar Suho dengan nada ketawa berbaur kesedihan tapi tersekat untuk mendedahkan dialog seterusnya.

“Korang akan tahu juga… Korang akan rasai juga nanti,” sambungnya kemudian.

“Hyung, kau dah minum kah? ,” tanya salah seorang daripadanya.

“Aku gembira berjumpa dengan korang. Aku takkan pergi ke mana-mana lagi,” jawab Suho sambil menghabiskan sesi interaksinya bersama peminat.

Suho atau nama sebenarnya Kim Jumyeon menjadi ahli EXO ketiga yang berjaya menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Korea (berkhidmat sebagai pekerja sosial) selepas Xiumin dan Do Kyung Soo (D.O.). Kini, tiga orang ahli EXO iaitu Baekhyun, Chen, dan Chanyeol sedang menjalani khidmat ketenteraan manakala dua orang lagi, Kai dan Sehun sedang menunggu tarikh kemasukan.

Sumber: N/A

loading...