Tidak mahu sujud menyembah rakyat Korea, Jun & The8 Seventeen pula jadi sasaran mangsa kecaman netizen

Jun (Wen Junhui) dan the8 (Xu Minghao) menjadi sasaran mangsa kecaman terbaru netizen Korea gara-gara tindakan mereka yang tidak mahu untuk tunduk sujud bersama rakan-rakan Seventeen lain ketika memberikan hormat sempena ucapan Tahun Baru Lunar lalu.

Kecaman itu timbul susulan sentimen kebencian ke atas China selepas netizen dua negara berkenaan saling berbalah tentang pertembungan budaya terutamanya tentang isu pemakaian hanbok. Lagi memburukkan hubungan kedua-dua negara itu, atlet-atlet Korea mengadu tidak dijurikan secara adil sewaktu bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 baru-baru ini.

Jun & The8 Seventeen agak keberatan untuk sujud hormat ketika di ISAC 2018.

Menerusi perdebatan di laman komuniti forum seperti theqoo dan pann nate, netizen Korea mempersoalkan kesetiaan Jun dan the8 di kala kedua-duanya harus mempraktiskan budaya setempat ketika berada di negara yang bukan kelahiran sendiri. Ada di antaranya pula menggesa kedua-duanya pulang ke China semula jikalau tidak mahu berasmilasi dengan budaya setempat.

Ini bukan kali pertama artis Kpop kelahiran China menjadi sasaran mangsa kecaman netizen Korea kerana tidak rela sujud hormat kepada mereka apabila vido Wang Yiren yang tetap berdiri teguh di sebelah rakan-rakan EVERGLOW-nya yang tuduk menyembah rakyat Korea, telah mendapat pujian meluas oleh netizen China.

Sumber: pann nate, theqoo

loading...