Berkonsepkan hibrid, BTS akan buat konsert jelajah besar-besaran di Seoul & ‘seluruh dunia’ pada 12 Mac 2022 ini

Kumpulan kpop paling sensasi di seluruh dunia, BTS mengesahkan tarikh konsert jelajah mereka di Seoul pada Mac 2022 depan.

Konsert jelajah yang dinamakan sebagai ‘BTS PERMISSION TO DANCE ON STAGE – SEOUL’ itu akan bertempat di Stadium Utama Jamsil Sports Complex bermula 10 hingga 13 Mac 2022 ini. Ia merupakan konsert pertama mereka di Seoul sejak dua tahun lima bulan lalu yang mana kali terakhir mereka beraksi di atas pentas konsert terbuka di sana adalah menerusi konsert jelajah ‘BTS World Tour Yourself: Speak Yourself The Final’ pada tahun 2019.

Menariknya, konsert jelajah ini adalah berkonsepkan hibrid di mana penonton boleh menyaksikan persembahan samada secara bersemuka sendiri di dalam konsert (‘offline’) atau menyaksikan sendiri di atas talian (‘online’). Manakala, peluang yang sama juga diberikan kepada peminat BTS di seluruh pelusuk dunia untuk menyaksikan konsert jelajah di Seoul ini secara ‘online’ pada 12 Mac 2022 nanti seolah-olah seperti berada di panggung wayang.

Maklumat lain tentang konsert akan diberitahu kemudian manakala peraturan SOP untuk mengelakkan penularan Covid-19 telah ditetapkan bagi mereka yang mahu menyaksikan konsert secara bersemuka nanti.

Sementara itu, Taehyung BTS disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin sendirian.

Sumber: newsis

loading...