Kisah tragis tentang seorang bekas penyanyi idol, dibedah tubuhnya kerana kanser rahim sebelum terkejut suaminya miliki buah dada seperti perempuan

Kisah tragis berkenaan seorang bekas penyanyi idol perempuan diceritakan di dalam Channel A Hottest Couple pada 12 Feb 2022.

Di dalam episod terbaru Channel A Hottest Couple ini, panel-panel dijemput untuk membicarakan tentang tajuk, ‘Pengakuan daripada bekas penyanyi idol’ yang mana pencerita A menderita malu setelah mengetahui rahsia suaminya yang tidak pernah sangka boleh berlaku di dalam kehidupan rumah tangganya.

Sebagai mukadimah, A merupakan bekas penyanyi idol yang pernah ‘debut’ pada awal tahun 2000-an dan pernah ditipu kerana terlalu mempercayai pengurusnya sebelum hilang tempat berpaut kerana terpaksa menjalani pembedahan histerektomi untuk membuang rahimnya. A yang cuba untuk bangkit secara tidak sengaja bertaut semula dengan seorang usahawan lelaki B yang berjaya, merangkap teman sepermainannya sejak kecil. A memutuskan untuk berkahwin dengannya dan mereka mula mengecapi kehidupan rumah tangga buat pertama kali. Semuanya berjalan baik sehinggalah A mendapat tahu bahawa B tidak rela untuk menunjukkan tubuh badannya, malah menolak untuk menidurinya.

Pada suatu malam, seorang wanita C menceroboh masuk ke dalam rumah kelamin mereka lalu segera memukul suaminya yang tengah tidur. C mendakwa, “Aku ini bini laki kau” sebelum dinafikan oleh B yang mengatakan, “Aku sudah bercerai dengan kau, dan kau hanya berstatus isteri atas kertas saja. Hubungan kita telah lama berakhir.” Tidak cukup dengan itu tanpa disangka-sangka, C mendedahkan sesuatu rahsia besar tentang B yang sangat mengejutkan A.

B sebenarnya menderita penyakit genetik sindrom Klinefelter (atau dikenali sebagai sindrom XYY). Menurut kamus biologi Dewan Bahasa dan Pustaka, sindrom Klinefelter ialah sejenis penyakit genetik yang menghasilkan lelaki bertestis kecil yang biasanya tidak menghasilkan sperma dan mempunyai ciri-ciri wanita, seperti mempunyai suara yang lebih nyaring dan mengalami perkembangan buah dada, serta menunjukkan kerencatan otak. Sindrom ini ditunjukkan oleh orang yang mempunyai dua kromosom X dan satu kromosom Y, iaitu 47, XXY.

C mendakwa itu menjadi penyebab penceraian mereka lagi-lagi B mempunyai buah dada seakan-akan perempuan. A yang merasakan dirinya telah dikhianati kepercayaannya selama ini, akhirnya redha dengan ketentuan takdir. A mengasihani B dan cuba memaafkannya, tetapi mahu B melepaskannya.

Dalam masa yang sama, C kerapkali mengganggu A dan cuba menyamannya atas kelakuan sumbang mahram. B menurut kehendak C dengan menghadiahkannya seunit kondominium bernilai 1.5 juta USD (~RM 6.3 juta) dan mematikan stem penceraian tetapi C tetap juga mengganggu B.

“Lahir dalam keadaan begini tidak adil bagiku. Kenapa aku tak boleh gunakannya untuk mendampingi perempuan? Kalau kau pun tinggalkan aku, aku akan hilang kesemuanya,” pujuk B sambil berlutut di depan A.

“Kalau kau percaya lagi suami kau, bukankah kau ni bodoh sangat?,” kata A yang masih menyukai B, namun sudah tawar hati untuk mengekalkan rumah tangga mereka.

Selesai saja cerita mengenai ‘Pengakuan daripada bekas penyanyi idol’ dibicarakan, peguam Nam Nam Tae terus mengulas tentangnya. “Jika seseorang tidak mendedahkan penyakit dialaminya di hadapan pasangan mereka, penceraian boleh dibuat. Disebabkan kedua-duanya masih mempraktiskan hubungan ‘common-law’, maka mereka boleh berpisah tanpa perlu melalui proses mahkamah. Alimoni yang diterimanya mungkin sedikit, tetapi aku boleh bertemu dengannya untuk membolehkannya menerima alimoni dan harta yang lebih berpatutan,” tegas peguam tersebut.

“Kalau A mempunyai duit dan sokongan, kenapa dia kena harungi juga hidup tersebut? Situasi ini mungkin tak boleh dipakai untuk kes A kerana A masih menaruh kepercayaan bahawa suaminya boleh diberi peluang,” ujar hos Hong Jin Kyung.

“Kau mungkin merasakan bahawa hidup kau sudah berakhir sepenuhnya, tetapi dalam keadaan usia 40-an ini boleh buat macam-macam. Aku nak kau belajar perkara baru dan bangkit dengan kehidupan baru,” sambung hos Ahn Seon Young pula.

Channel A Hottest Couple yang berkisarkan cerita rumah tangga yang unik ini, disiarkan setiap hari Sabtu jam 10 malam waktu Malaysia.

Sumber: fnnews, xsportnews

loading...