Wanna One tepati janji peminat keluarkan single terbaru, ‘B-Side’ selepas 3 tahun terbubar

Wanna One berjaya mengeluarkan lagu terbaru, ‘B-Side’ sebagai single pertama mereka sejak terbubar pada tiga tahun lalu.

Lagu yang dibuat untuk menunjukkan bahawa Wanna One sentiasa di pihak peminat, telah menggantikan judul asal, ‘Beautiful Part.3’ yang didendangkan ketika mereka membuat persembahan beramai-ramai di 2021 Mnet Asian Music Awards (MAMA). Hal ini kerana Lai Kuan Lin tidak bersama mereka ketika itu untuk merekodkan bahagiannya.

Pengeluaran lagu terbaru ini itu juga sebagai menghargai sokongan peminat Wannables yang berharap mereka tetap disatukan walau mana saja mereka berada.

Wanna One disertai oleh sebelas orang ahli iaitu Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae Hwi, Kim Jae Hwan, Ong Seong Wu, Park Woo Jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji Sung, Hwang Min Hyun, Bae Jin Young, and Ha Seong Woon. Mereka terhasil menerusi program realiti tv Mnet sebelum menggegarkan industri muzik kpop sekitar tahun 2017 hingga 2018. Mereka terpaksa dibubarkan pada 31 Disember 2018 dengan konsert terakhir dibuat pada Januari 2019.

Sumber: newsis

loading...