Asalnya cuba disorokkan depan peminat, Jeno NCT mungkin tak sangka rahsia warna rambutnya terdedah sekelip mata saja

Jeno atau nama sebenarnya Lee Jeno daripada NCT , tampaknya suka bergurau manja dengan peminat di dalam sesi ‘Universe Interpark Fansign’ berlangsung pada 19 Jan 2022 tadi.

Ditanya samada dia pernah mewarnakan rambutnya, dengan tersengih manja, Jeno berkata dia tidak mewarnakan seperti yang dibayangkan oleh peminat.

“Tapi kan, rambut Jeno macam berubahlah,” ujar peminat lain pula.

“Hmmmm… ya,” jawab Jeno dengan nada teragak-agak pada mulanya.

“Tapi ini rahsia. Korang akan nampak ini tak lama lagi,” tambah Jeno lagi yang tidak menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh peminat daripada segala segi.

Hal ini kerana belum pun sempat Jeno menyimpan rahsia untuk beberapa hari, salah seorang sempat menangkap layar bahagian video di mana rambutnya terselit keluar apabila dia cuba menoleh ke belakang. Lebih mengejutkannya, warna rambutnya adalah merah jambu menyebabkan peminat itu membuat hantaran mengenai gambar tersebut sebelum ianya tertular di media sosial ketika Jeno sedang asyik berinteraksi bersama peminat lain.

Bertabahlah Jeno, sekejap saja rahsia yang anda boleh simpan kerana ianya memang sukar untuk disorokkan depan peminat.

NCT kini sedang mempromosikan album penuh ketiga mereka berjudul Universe. Setakat 31 Dec 2021, album tersebut sudah pun mencecah jualan melebihi 1.6 juta unit menurut Gaon.

Sumber: twitter

loading...