Takut diheret kontroversi bersama, Kim Hyun Joong Netflix Single’s Inferno juga ‘unfollow’ Song Ji Ah di instagram

Kim Hyun Joong, pelakon daripada rancangan realiti tv Netflix Single’s Inferno dikatakan telah menyahikut (“unfollow”) Song Ji Ah di instagram menurut pengamatan netizen.

Kim Hyun Joong dan Song Ji Ah mengecapi populariti di atas pembabitan mereka di dalam Netflix Single’s Inferno di mana Kim Hyun Joong cuba menambat hati Song Ji Ah untuk dijadikan pasangan syurganya. Netflix “Single’s Inferno” berkisarkan situasi di mana lima pasangan lelaki dan perempuan yang terperangkap di dalam pulau terbiar. Terkandas dan bersedia untuk bermain cinta, peserta bujang mencari cinta di pulau tanpa penghuni yang hanya boleh ditinggalkan sebagai pasangan janji temu di syurga.

Song Ji Ah dan Kim Hyun Joong di dalam pengembaraan bersama di Netflix Single’s Inferno

Disebabkan tidak mahu diheretkan kontroversi bersama Song Ji Ah, Kim Hyun Joong telah pun menyahikut Song Ji Ah. Selebriti Youtube itu baru-baru ini dikecam netizen gara-gara menggunakan barangan tiruan sewaktu membintangi Netflix Single’s Inferno dan berinteraksi di laman Youtube kendaliannya, selain mengaku anak kaya serta pernah menjalani pembedahan plastik ke atas hidungnya. Song Ji Ah bagaimanapun telah membuat permohonan maaf di atas kekhilafannya itu.

Tindakan Kim Hyun Joong berikut telah mengundang spekulasi netizen samada pembabitan mereka sebagai pasangan hanyalah sekadar lakonan semata-mata. “Kim Hyun Joong mungkin malu sekarang sebab dia dah tengok wajah sebenar Song Ji Ah,” tulis salah seorang netizen di laman komuniti forum tempatan.

Sumber: N/A

loading...