Sudahlah kena harungi gunung bersalji, Younghoon The Boyz terharu ada peminat sanggup ‘berWiFi’ dengannya

Younghoon The Boyz dikejutkan dengan kesanggupan peminat mencapai talian internet untuk berhubung dengannya ketika peminat itu mendaki gunung Hallasan yang penuh dengan timbunan salji di kepulauan Pulau Jeju, Korea .

Dalam satu hantaran yang dibuat oleh peminat itu di twitter berserta klip video penghargaan Younghoon terhadapnya, peminat itu menulis, “Aku mendaki Gunung Hallasan di Jeju, dengan harapan untuk menunjukkan keadaan dunia bersalji kepada Younghoon, yang sukakan salji.”

Reaksi Younghoon yang nyata terkejut dengannya bagaimanapun meluahkan rasa terharu lagi-lagi keadaan gunung yang bersalji menyukarkan proses pendakian ke atasnya. Malahan, peminat itu juga sanggup membawa laptop yang berat juga semata-mata untuk berinteraksi dengan capaian internet yang terhad.

Tindakan tersebut dianggap tidak sesuai untuk menjadi ikutan, namun ianya mendapat pujian daripada netizen di laman komuniti forum kerana kesanggupannya untuk bergadai nyawa semata-mata untuk membuat suatu kelainan di hadapan artis Kpop yang diidolakannya. “Sudahlah sejuk, lagi nak kena pikul beban di belakang”,”Hebat…Aku juga ada idol yang aku suka juga, tapi aku takkan buat sampai ginih”, antara kata-kata yang dilontarkan oleh netizen sebagai mengulas tindakan peminat itu.

The Boyz baru-baru ini dianugerahkan Best Performance di dalam Golden Disk Awards ke-36 atas hasil usaha mereka sepanjang tahun 2021 dengan lagu ‘Thrill Ride’ yang menjadi pilihan pendengar.

Sumber: twitter, pann

loading...