Menyambut ulang tahun ke-8 hari ini, GOT7 dijangka buat “comeback” album terbaru dengan kesemua tujuh ahli

GOT7 mengadakan pertemuan bersama peminat menerusi instalive dengan kesemua tujuh ahli hadir termasuklah Mark Tuan dan Jackson Wang yang berada jauh di perantauan.

Di dalam instalive tersebut, GOT7 tetap menyatakan komited mereka bersama peminat walaupun mereka kini masing-masing sedang membawa haluan sendiri. “Kami akan bekerja keras untuk menghasilkan album yang mengatakan ‘Inilah GOT7’,” kata Bambam.

“Harus diingat bahawa album ini bukan sekadar janji semata-mata, tapi juga satu jaminan kami,” sambung Park Jinyoung pula.

Berikutan pendedahan tersebut, peminat berharap GOT7 dapat menghadiahkan mereka sesuatu kejutan untuk “comeback” album terbaru nanti. Tanda pagar #GOT7_For8ever turut sama tertular di media sosial sebagai sokongan dan ucapan tahniah buat GOT7 yang masih kekal bersatu walaupun sudah lapan tahun bersama. Malah, lagu ‘Stop Stop It’ yang dihasilkan pada 2014 dengan remix gubahan Bambam itu turut tertular di laman Tiktok dengan ramai netizen beramai-ramai menyunting video berlatarbelakangkan lagu tersebut. GOT7 menyambut ulang tahun kelapan penubuhannya pada hari ini, 16 Jan 2022.

 

@gabijohnson4 Reply to @awachile THE BODY ROLL #got7 #ahgase #stopstopit #fnaf ♬ original sound – officialtwicefanaccount

 

Pada 10 Jan 2021 lalu, kesemua ahli GOT7 telah menamatkan kontrak mereka bersama GOT7 menyebabkan tercetusnya ura-ura pembubaran kumpulan itu.

Sumber: N/A