Super M versi perempuan, GOT gandingkan BoA, Aespa, SNSD & Red Velvet dalam satu kumpulan bersama

May be an image of 6 people and people standing

SM Ent. mengesahkan bahawa sebuah kumpulan perempuan baru, ‘Girls On Top (GOT)’ bakal dilancarkan menggandingkan BoA, Aespa, Girls Generation dan Red Velvet di dalam satu kumpulan dengan tujuh orang ahli setakat ini.

Menurut SM Ent., projek ini yang diinspirasikan daripada ‘Super M’ (juga gabungan NCT, EXO dan Shinee membentuk tujuh ahli kumpulan kpop lelaki), bakal dimulakan dengan subunit ‘GOT the Beat’ yang memfokuskan pada lagu-lagu berentak tarian.

‘GOT the Beat’ akan ‘debut’ di pentas ‘SMTOWN LIVE 2022: SMCU EXPRESS@KWANGYA’ buat pertama kali pada 1 Jan 2021 dan menyusul dengan  lagu ‘debut’ mereka pada 3 Jan 2021.

‘GOT the Beat’ bakal dianggotai oleh penyanyi kpop veteran yang sangat popular di Korea dan Jepun suatu ketika dulu, iaitu BoA yang digandingkan bersama dengan dua ahli SNSD ternama, Hyoyeon dan Taeyeon. Turut sama menyertai GOT ialah Seulgi dan Wendy daripada Red Velvet serta Karina dan Winter daripada Aespa.

Sumber: mksports

loading...