[Gempar] Suga BTS sah hidapi Covid-19

May be a close-up of 1 person

Suga atau nama sebenarnya, Min Yoongi dikesan menghidapi Covid-19 setelah menjalani ujian PCR sebaik saja kembali ke Korea pada 23 Disember 2021.

Menurut jurucakap Big Hit Music, Suga sudah pun disuntik dua dos vaksin Covid-19 pada akhir Ogos lalu dan tidak menunjukkan sebarang gejala melibatkan penyakit Covid-19.

“Suga mempunyai urusan tersendiri di Amerika Syarikat ketika BTS mengambil keputusan untuk berehat panjang. Dia disahkan positif sewaktu di dalam kuarantin dan kami sahkan tiada pertembungan dengan rakan-rakan BTS lain,” kata jurucakap agensi itu. Suga baru-baru ini dilaporkan berkolaborasi untuk merakamkan single terbaru, ‘Girl Of My Dreams’ dipadankan bersama mendiang Juice Wrld sewaktu berada di Amerika Syarikat.

Serentak dengan pengumuman agensi itu, kapsyen “Get well Soon Yoongi” menjadi sohor kini di laman sosial twitter dan peminat mendoakan Suga agar cepat sembuh.

Sumber: spottvnews

loading...