Gong Myung, abang Doyoung NCT, jalani khidmat ketenteraan hari ini

May be an image of 3 people and people standing

Pelakon Gong Myung, yang juga dikenali sebagai abang kepada penyanyi kumpulan NCT, Doyoung, bakal menjalani khidmat ketenteraan pada hari ini, 14 Disember 2021.

Menurut dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh agensinya Saram Ent., Gong Myung tidak akan bersemuka bersama peminatnya secara langsung sebaliknya akan mengucapkan selamat tinggal menerusi klip video pendek. “Gong Myung akan kembali semula dengan keadaan minda dan tubuh badan yang sihat,” sebut jurucakap agensi itu.

Serentak dengan itu, teaser video Vlog Gong Myung juga dikeluarkan memaparkan gambar-gambarnya yang dipetik sendiri untuk tatapan peminat. Video Vlog tersebut akan dilancarkan di Youtube Saram Ent. tidak lama lagi.

Gong Myung telah berlakon di dalam beberapa buah drama sejak ‘debut’ sebagai pelakon pada tahun 2013. Yang terbaru, beliau berlakon di samping Kim You Jung dan Ahn Yeo Seop di dalam SBS Lovers of the Red Sky.

Sumber: sport donga

loading...