Woo Do Hwan bergandingan bersama Yoo Ji Tae dalam KBS Mad Dog?

Woo Do Hwan, yang dikenali menerusi drama OCN Save Me sedang pertimbangkan tawaran untuk membawakan watak salah seorang ahli kumpulan penyiasat penipuan insurans yang diketuai oleh pelakon Yoo Ji Tae di dalam drama terbaru KBS Mad Dog.

Karakternya digambarkan sebagai seorang bekas penipu berasal dari Jerman, sukar untuk menerima peristiwa-peristiwa lalu sebagai kekangan.  Dia disarankan oleh Prof. Kim Min Jong (Gong Myung) untuk menyertai kumpulan penyiasatan Yoo Ji Tae dalam menangani penipuan berleluasa oleh syarikat insurans nyawa Tiantao. KBS Mad Dog bakal ditayangkan menjelang October ini setiap Rabu dan Khamis selepas KBS Manhole berakhir. Turut menerima ialah pelakon Ryu Hwayoung yang sedang bergiat menjayakan drama jtbc Age of Youth 2.

Sumber: chosun

loading...