[Gempar] Park So Dam menghidap kanser tiroid, baru jalani pembedahan sebagai susulan

May be an image of 1 person and standing

Pelakon ‘Parasite’ dan drama tvN ‘Record of Youth’, Park So Dam didapati telah menghidapi kanser tiroid sewaktu menjalankan pemeriksaan kesihatan.

“Park So Dam baru-baru ini dikesan menghidapi kanser tiroid dan telah pun menjalani pembedahan seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan. Park So Dam berasa amat bersalah kerana tidak bersama dengan peminat sempena sidang media filem ‘Special Cargo’ dan akan sentiasa menyokong promosi filem itu,” kata jurucakap agensinya, Artist Company.

Park So Dam kini di dalam proses pemulihan dan perlu berehat panjang untuk kembali menemui peminat dalam keadaan sihat sejahtera, tambah jurucakap agensi itu lagi.

Sumber: newsen

loading...