Squid Game, drama Korea pertama tercalon di Golden Globe Awards

May be an image of 9 people, people standing and text that says "190 215 รบ 5 061 SAME 218 ANETFLIX SERIES SEP 17 NETFLIX"

Squid Game, mencipta sejarah sebagai drama Korea pertama tercalon di dalam Golden Globe Awards 2021.

Drama yang disiarkan menerusi laman Netflix itu, berjaya menggodol tiga pencalonan iaitu Best Drama, Best Actor (Lee Jung Jae) dan Best Supporting Actor (O Yeong Su). Selain pencalonan di Golden Globe Awards, Squid Games turut meraih kemenangan di Gotham Awards dan pencalonan di Critic Choice Awards.

Kejayaan yang berterusan daripada industri hiburan Korea ini menjadikan Squid Game, Parasite dan BTS antara produk yang menjadi dambaan dan pengiktirafan tertinggi di Hollywood.

“Squid Game” adalah sebuah drama Korea terbaru Netflix yang menceritakan tentang permainan bertahan hidup yang misteri dengan hadiah 45.6 juta won (Sekitar $40 Juta). Ratusan pemain yang kesempitan wang menerima undangan yang aneh untuk bertanding dalam permainan kanak-kanak. Hadiah yang lumayan menanti — dengan risiko yang tinggi.

Drama ini boleh ditonton di Netflix.

Sumber: N/A

loading...