Rakaman Wanna One untuk MAMA 2021 ditunda gara-gara penularan Covid-19

May be an image of 7 people

Aktiviti rakaman persembahan Wanna One yang dijadualkan untuk MAMA 2021 ditangguhkan hari ini gara-gara penularan Covid-19 dalam kalangan krew yang berkait dengan Wanna One.

Jurucakap CJ ENM mengesahkan penangguhan aktiviti berkenaan sambil berkata, “Salah seorang krew Wanna One yang terbabit di dalam rakaman awal MAMA 2021 lalu telah dijangkiti Covid-19. Oleh itu, kesemua staf dan para artis yang terbabit di dalam latihan akan menjalani ujian tambahan.”

Bagaimanapun, khabar tidak gembira ini bukan bermaksud peluang untuk Wanna One beraksi tertutup serta-merta sebaliknya ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan lagi.

Persembahan sulung ini juga merupakan persembahan Wanna One yang pertama menyatukan kesemua bekas ahli kecuali Lai Kuan Lin termasuklah Kang Daniel dan Yoon Ji Sung yang baru selesai menjalani khidmat negara sejak pembubaran mereka pada tahun 2019. Sebelum ini, perancangan untuk menggandingkan mereka semula di atas satu pentas gagal kerana masing-masing komited dengan aktiviti solo dan kumpulan kpop yang dianggotai mereka.

Sumber: nocutnews

loading...