Stray Kids juarai jualan album terlaris minggu ini hingga cecah 470,000 unit, menurut Hanteo

May be an image of 7 people and indoor

Stray Kids mengulangi kecemerlangan untuk album EP yang dikeluarkan sempena perayaan hari Natal.

Album berjudul ‘Christmas EveL’ itu menjuari carta album mingguan Hanteo dengan jualan sebanyak 471,312 unit jauh mengatasi pencabar terdekat Kai EXO dan IVE. Ini merupakan album kedua mereka yang meraih jualan album terbaik selepas ‘NOEASY’ yang mencatatkan 641,589 unit di dalam seminggu, menurut Hanteo.

Kejayaan album ‘NOEASY’ telah melayakkan Stray Kids menerima pengiktirafan Gaon sebagai ‘Artis Jutawan’ meletakkan mereka sebaris dengan BTS, Blackpink, Seventeen, EXO dan lain-lain di samping anugerah daesang untuk kategori ‘Performance of The Year’ di Asian Artist Awards yang berlangsung minggu lalu.

Single dengan judul album yang sama juga turut mencatatkan tontonan sebanyak 30 juta setakat ini di Youtube membuktikan populariti lagu itu walaupun dikhaskan untuk perayaan hari Hatal. Stray Kids took the top spot on the weekly album chart with their new single ‘Christmas EveL’ and showed off a definite trending move.

Sumber: sport khan

loading...