Rasa layak bergelar ‘Rookie of The Year’, Ciipher, anak didik Rain ini mahu tayang trofi kemenangan di ruang pejabat syarikat

May be an image of 7 people and indoor

Mungkin, setelah terlibat dengan pelbagai program hiburan berkaitan Kpop sebagai juri, nampaknya kini Rain menerusi syarikatnya Rain Company telah bersedia untuk memiliki kumpulan kpopnya sendiri.

Pada 10 Disember 2020 lalu menerusi akaun Instagramnya, Rain berkongsi berita gembira dengan para pengikut serta peminat mengenai Ciipher, kumpulan Kpop pertamanya sejak MBLAQ dan kali pertama menerusi syarikat kelolaannya sendiri.

Ciipher merupakan anak didik Rain yang dirancangkan untuk ‘debut dalam tempoh 3 tahun dan majoriti ahlinya telah menyertai ujibakat sedia ada dan ada juga antara mereka pernah menjadi pelatih di beberapa agensi yang besar. Antara yang menggamit perhatian ialah Moon Hyun Bin daripada ‘Produce X101’ (untuk penubuhan kumpulan kpop X1), Park Seong Won (Won) daripada ‘Under 19’ (untuk penubuhan kumpulan kpop 1the9), Gil Do Hwan dan Keita daripada ‘YG Treasure Box’ (untuk penubuhan kumpulan kpop TREASURE), Taekyun (TAG) daripada High School Rapper 4 serta Choi Seok Won (Tan) daripada ‘No Mercy’ (untuk penubuhan kumpulan kpop Monsta X). Kim Byeom Gyun (Hwi), satu-satunya ahli Ciipher yang dihasilkan ‘fresh’ daripada agensi itu sendiri.

Ciipher di dalam satu sidang media showcase pelancaran album ‘debut’ mereka.

“Saya punyai kawan-kawannya yang sudah menjalani proses latihan yang sangat sukar sehingga ada yang menderita kerana tak sempat ‘debut’,” kata Hyunbin menceritakan ahli-ahli kumpulannya terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Manakala, Tan yang mengimbau kenangan lalu sebagai peserta termuda ‘No Mercy’, kekalahannya membuatkan penyanyi bersemangat untuk tidak berputus asa. “Saya masih berhubung dengan abang-abang Monsta X,” katanya.

Di dalam album ‘debut’ pertama keluaran Ciipher, ‘I Like You’, lagu dengan judul yang sama dijadikan single utama. Isteri Rain, Kim Tae Hee membuat kemunculan istimewa di bahagian awal dan akhir muzik video (MV) lagu berkenaan. Menjawab apa yang menarik tentangnya, Rain, guru Ciipher itu menjawab, “Ahli-ahli tanya kalaulah ada pelakon hebat muncul di dalam MV mereka. Ada seorang pelakon ini memang di sisi saya selama ini. Akhirnya, Kim Tae Hee muncul di dalam bentuk ‘cameo’.” ‘I Like You’ berkisarkan tentang kehebatan seorang wanita, yang mana tanpa mereka di sini, kita mungkin sukar untuk berasa gembira. Secara keseluruhannya, album ini menunjukkan peringkat awal Ciipher memulakan kisah cerita mereka, samada dengan kegirangan mahupun penuh beremosi serta mendapat sumbangan Keita, Tag dan Won selaku penulis lirik bersama.

Dari atas kiri: Tag, Hyunbin, Keita, Tan
Dari bawah kiri: Hwi, Dohwan, Won

“Impian saya nak menang ‘Rookie of The Year’. Saya akan bekerja kuat untuk memastikannya berhasil,” kata Won. “Saya harap Ciipher akan menjadi kumpulan pertama yang orang fikir tentang Kpop. Impian kami menjangkaui apa yang digambarkan oleh hyung Rain,” ujar Tag sambil ketawa. “Aku pula nak tujuk trofi kemenangan Ciipher dipaparkan di ruang pejabat syarikat kita,” dedah Hyunbin pula.

Berkenaan siapakah artis kpop yang menjadi idola mereka, Tag menamakan BigBang sebagai ‘role model’nya.  “Rasa hebat bila dengar lagu-lagu nyanyian senior. Itulah kumpulan yang kami mahu ikuti,” kata Tag. Tag juga mendedahkan Monsta X sebagai idolanya juga. Sebaliknya, Dohwan memilih Block B manakala Hyunbin pula memilih Seventeen.

Akhir kata, Rain mahu peminat Kpop memberikan peluang kepada Ciipher bersaing di dalam industri nyanyian juga. “Saya tiada anak, jadi tujuh orang ini semua anak-anak saya. Jika kawan-kawan Ciipher berjaya, saya akan menyumbang tubuh badan ini jua, ” ujar Rain.

‘I Like You’ boleh didapati di pasaran bermula jam 5.00 petang 15 Mac 2021 hari ini.

Sumber: tvdaily

loading...