KCON:TACT 3 : Saksikan konsert menggandingkan 26 artis Kpop secara percuma melalui ASTRO GO

May be an image of one or more people and text

Tahun ini telah telah menjangkau 25 tahun ASTRO bersiaran kepada seluruh pelosok Malaysia dengan memberikan pelbagai info, berita and hiburan kepada penonton.

Dengan itu bersempena sambutan ulangtahun ASTRO ke-25. Pihak ASTRO telah membawakan berita gembira kepada kesemua peminat K-pop Malaysia dengan menyajikan secara percuma konsert KCON:TACT 3 yang merupakan festival muzik terbesar didunia demi meraikan budaya dan hiburan dari Korea.

KCON:TACT 3 ini akan berjalan selama 9 hari dari 20 hingga 28 Mac 2021 bermula jam 8 malam (MYT) dan hanya bersiaran langsung dari Korea secara eksklusif di aplikasi ASTRO GO tanpa sebarang caj tambahan.

Antara 26 artis kumpulan dan solo yang akan bakal memanaskan pentas adalah  AB6IX, A.C.E, ATEEZ, BTOB, Dreamcatcher, ENHYPEN, EVERGLOW, HA SUNG WOON, HyunA, iKON, ITZY, JESSI, JO1, KANG DANIEL, LEE JIN HYUK, LOONA, MAMAMOO, OH MY GIRL, P1Harmony, SF9, Stray Kids, SUNMI, THE BOYZ,  TOMORROW X TOGETHER, TOO dan WOODZ (Cho Seung Youn).

Lebih menarik lagi peminat akan dapat menikmati kandungan khas seperti rakaman dibelakang tabir dengan memperlihatkan persiapan sebelum persembahan disamping pra-rakaman yang terpilih dari idola kegemaran masing-masing yang jarang dipertontonkan kepada luar.

Festival KCON:TACT sebelum ini pernah menjelajah menemui peminat di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Astralia, Mexico dan Jepun dan kini peminat boleh menikmati konsert ini melalui strim secara langsung secara selesa dikediaman masing-masing.

Oleh itu, jangan tunggu lagi semua, bagi yang belum mempunyai aplikasi ASTRO GO ini boleh memuat turun dengan secara percuma dan padankan ke akaun ASTRO keluarga atau rakan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan aplikasi ini, anda boleh melayari product.astro.com.my/astrogo  atau boleh lihat video dibawah ini bagaimana untuk mendapatkan aplikasi ASTRO GO.

Pali pali yorubun…

loading...