Tuduhan Ji Soo melakukan seks ganas secara paksaan adalah palsu, dedah Key East

May be an image of 1 person

Ji Soo hari ini, 5 Mac 2021, mengeluarkan kenyataan berasingan menafikan dakwaan yang mengatakan dia melakukan seks ganas ke atas mangsa tanpa kerelaannya.

“Kami cuba mencari kebenaran di sebalik tuduhan buli oleh Ji Soo. Kami menyemak dengan Ji Soo sendiri dan seterusnya menyimpulkan ada bahagian Ji Soo mengaku sendiri dia pernah buat dan ada juga perkara-perkara yang dibesar-besarkan. Tuduhan yang mengatakan Ji Soo melakukan seks ganas secara paksaan adalah palsu semata-mata. Kami berharap maklumat palsu sebegini tidak disebarkan merata-rata,” kata jurucakap agensinya, Key East.

“Selain laporan yang dihantar kepada kami, Ji Soo juga sedang cuba hubungi mangsa-mangsa bulinya, dengan kebenaran mereka, dan mahu memohon maaf. Ji Soo akan berehat daripada segala aktiviti seni untuk membolehkannya bermuhasabah diri,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Ji Soo mengaku bersalah di atas tuduhan buli yang meliputi dirinya sepatutnya merujuk kepada tuduhan buli yang pertama. Bagaimanapun, beberapa tuduhan kemudian oleh netizen lain pula mendakwa pernah menyaksikan pelakon itu kencing di dalam tong sampah, bergurau seks dengan teman wanitanya, menuduhnya merakam video seks bersama seorang kenalan di dalam tandas dan berkongsi tontonan itu dengan kawan-kawan sekolahnya yang lain, serta menggalakkan kawan-kawannya melancap di depan gadis itu. Tuduhan sebegini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ji Soo di dalam suatu kenyataan hari ini. Netizen ini dikatakan cuba mensahihkan tuduhannya itu menggunakan ID instagram sementara, akan tetapi ianya mendatangkan keraguan berikutan ID tersebut bukan ID sebenar sebaliknya netizen itu pula mengaku menggunakan ID suaminya.

Manakala tuduhan terbaru daripada netizen yang mengaku sebagai staf dan pernah bekerja di samping Ji Soo selama 3 bulan, yang mendakwa Ji Soo suka merokok dan meludah merata-rata, belum lagi mendapat tindakbalas daripada pihak agensi setakat ini.

Setelah digugurkan daripada drama KBS River When Moon Rises, Ji Soo dijangka akan menjalani khidmat ketenteraan sebagai pekerja sosial pada Oktober 2021. Pada tahun 2016 lalu, Ji Soo pernah menjalani pembedahan memulihkan sakit osteomyelitis.

Sumber: sportsworldi

loading...