DJ radio Jerman dikecam gara-gara cuba menyamakan BTS dengan virus pandemik & perlu divaksinkan

May be an image of 7 people

DJ Radio Jerman berhadapan kecaman daripada peminat kpop di seluruh dunia gara-gara pendapat beliau mengenai fenomena BTS telah disalahertikan sebagai bersikap xenofobia dan penuh kebencian terhadap kumpulan kpop tersohor itu.

Matusukik di dalam satu siaran langsung radio kendaliannya pada 25 Feb 2021, menganggap cara BTS menyanyikan lagu ‘Fix You’ dendangan asal Coldplay sebagai kufur selain menyamakan fenomena BTS seumpama virus yang merebak dan perlu divaksinkan. “BTS kena pergi bercuti ke Korea Utara selama 20 tahun,” katanya mengakhirkan ucapannya yang penuh kontroversi tersebut.  Petikan video ucapannya itu tertular di laman sosial sehingga mendesak pihak radio Bayern3  agar membuat permohonan maaf dengan segera.

Bagaimanapun, Bayern3 menjelaskan tindakan Matusukik itu hanya sekadar meluahkan pendapat peribadinya saja dan sengaja memperbesar-besarkan sesuatu tanpa berniat buruk terhadap BTS. Sementara itu, Matusukik turut membuat permohonan maaf sambil berkata, “Saya mohon maaf kerana ada orang menyangka sebagai kenyataan rasis dan terkesan dengannya.”

Terdahulu, BTS membuat beberapa buah persembahan di MTV Unplugged termasuklah cover ‘Fix You’ yang disiarkan di seluruh dunia. Persembahan BTS itu mendapat pujian daripada Coldplay sendiri yang lantas menulis, “Cantik BTS” di laman twitter rasmi mereka.

Sumber: sportseoul

loading...