Tak mahu lagi bertekak, Kihyun Monsta X berjumpa sendiri dengan mangsa buli & selesaikan kekusutan di antara mereka

May be an image of 1 person

Kihyun Monsta X cuba menyelesaikan salah faham berhubung dengan tuduhan buli yang dilemparkan ke atasnya dan berjumpa sendiri dengan mangsa buli berkenaan bagi menyelesaikan kekusutan di antara mereka.

Dipetik daripada kenyataan Starship Ent., jurucakap agensinya berkata, “Kami memohon maaf di atas kekeliruan. Pertama kali, kami terpaksa bergelut dengan dua isu berkait tuduhan buli itu. Pada 22 Feb lalu, kami berjumpa dengan penuduh pertama dan akhirnya dia memohon maaf. Hari ini, Kihyun berjumpa pula dengan bekas rakan sekolahnya (penuduh kedua yang disyaki menghidapi kemurungan) , menyelesaikan segala salah faham berlaku di antara mereka. Rupanya bukan Yoo Kihyun Monsta X yang dimaksudkan, tapi ianya dilakukan oleh orang lain. Kihyun tidak pernah sama berkelakuan ganas. Kenyataan ini dikeluarkan kerana Kihyun berasa amat bersalah dan kesal kerana dia bukan pelajar model. Kami bertindak tegas terhadap tohmahan ke atas Kihyun selepas ini.”

Atas: rekod sekolah Kihyun Bawah: Permohonan maaf dari Kihyun

Sebelum ini, Kihyun terpalit dengan beberapa siri tuduhan buli antaranya mangsa mengaku mencederakan diri sendiri kerana mengenangkan dirinya dibuli oleh ‘Kihyun’. Starship menafikan Kihyun kaki buli sambil menyertakan bukti rekod sekolahnya. Di dalam buku rekod sekolah berkenaan, cikgu-cikgi sekolahnya memuji Kihyun seorang begitu bertanggungjawab dan mampu menyelesaikan tugasan diberikan kepadanya walaupun kurang fokus di dalam kelas selain memiliki sifat yang kreatif dan artistik.

“Apa yang aku ingat ketika aku di sekolah menengah ialah aku seorang pelajar yang suka menyanyi dan keluar melepak dengan kawan-kawan. Tengok balik, aku bukan suka belajar, ada benda yang aku tak patut buat sebagai pelajar. Aku begitu kesal dan tiada alasan lagi untuk elak dikritik. Aku ingin memohon maaf kepada mana-mana yang terkesan perbuatan tidak matangku. Rasa macam nak mati, aku memohon maaf dan rasa bersalah kepada peminat. Aku akan bermuhasabah diri,” nukil Kihyun memohon maaf jika ada berbuat sesuatu yang menyakiti bekas rakan sekolahnya.

Sumber: N/A

loading...