Lee Hyeri akan berlakon di samping inspektor kacak Yoo Seung Ho di dalam drama sageuk terbaru KBS

May be an image of 2 people and text

Hyeri sedang membincangkan tawaran lakonan untuk berlakon di samping Yoo Seung Ho di dalam drama terbaru terbitan KBS Thinking of the Moon When the Flower Blooms.

Hyeri akan membawakan watak bernama Kang Ro Seo, seorang yang tetap tampil cantik walaupun hanya memakai baju compang-camping. Kehidupan Kang Ro Seo agak baik hinggalah berusia 13 tahun apabila dia terpaksa mencari duit untuk membeli ubat ibunya dan buku pembelajaran untuk adik lelakinya. Akibatnya, walaupun jantinanya perempuan, namun Kang Ro Seo memiliki tubuh badan yang kuat seperti lelaki dan seringkali dilihat menghidangkan arak buat peminum-peminum yang datang menyinggah di kedainya.

Manakala, watak Nam Young pula ditawarkan kepada Yoo Seung Ho, seorang pegawai berpangkat inspektor yang asalnya tinggal di luar pedalaman dan cuba untuk mengubah hidupnya di Hanyang. Nam Young perlu bersaing dengan putera mahkota dari istana Joseon yang belum ditawarkan kepada mana-mana pelakon lagi, bagi menambat hati Kang Ro Seo.

Nam Young, Kang Ro Seo dan putera mahkota kacak ini dipertemukan buat pertama kali di dalam insiden di bilik penyimpanan bir di mana mereka terpaksa menguncikan mulut masing-masing bagi mengelakkan diri masing-masing terbunuh.

KBS Thinking of the Moon When the Flower Blooms dijangka akan mendapat khidmat sutradara Hwang In Hyuk (“KBS Doctor Prisoner”) dan penulis skrip Kim Joo Hee.  Ia bakal ditayangkan menjelang pertengahan tahun 2021 ini.

Sumber: IS Plus

loading...