Diseru datang berlatih ketika cuti hari raya Cina, Super M dijangka buat “comeback” terbaru tak lama lagi

May be an image of 8 people and text that says 'onyourm_ark 형 우리 연습 언제 도착해요 lucas_xx444 언제 도착해요 tenlee_1001 tenlee 언제도착해요'

Hampir kesemua ahli Super M yang dilihat bertandang di ruangan komen instalive yang dibuat oleh Byun Baekhyun tadi, membisikkan sesuatu bahawa mereka sedang membuat latihan bersama untuk projek terbaru yang tak dinamakan lagi.

Baekhyun yang dipercayai menuju ke bangunan SM Ent., sedang memandu kereta sambil menyanyikan beberapa buah lagu popular nyanyian Justin Biebers ketika mengadakan siaran instalive secara langsung sebentar tadi. Sewaktu menyanyikan lagu “Boyfriend”, Baekhyun disapa oleh beberapa rakan-rakan Super M seperti Lucas Wong (NCT), Taemin (Shinee), Mark Lee (NCT) dan Ten (NCT) di ruangan komen.

“Abang, bila nak sampai untuk sesi latihan?”, tanya Mark Lee. ” ㅋㅋㅋㅋㅋ Abang, kami tengah tunggu kau,” tulis Lucas Wong pula. 

Baekhyun kemudiannya membalas, “Taemin, aku dah sampai~ Tunggu aku.” Baekhyun turut memberi jaminan kepada peminat bahawa dia akan sentiasa bekerja keras untuk sesi latihan nanti sebelum menutup instalive itu.

Kali terakhir Super M mengeluarkan album adalah pada September 2020 lalu dengan tiga buah single didendangkan iaitu “One (Monster & Infinity)”, “Tiger Inside” dan “100”. Selepas itu, setiap ahli sibuk dengan aktiviti di dalam kumpulan kpop masing-masing dengan NCT mengeluarkan album mereka secara berkala sehingga hujung tahun 2020 berakhir.

Sumber: instagram, twitter

loading...