Inilah artis Korea pilihan Malaysia paling popular kini, berjaya merangkul takhta Kmania TOP Stars Jan 2021

Hwang In Yeop, BTS dan IU telah menyandang takhta Kmania TOP Stars bulan Jan 2021 apabila meraih undian tertinggi di Malaysia masing-masing untuk kategori “Kdrama Artist Top Stars”, “Kpop Group Top Stars” dan “Kpop Idol Top Stars”.

Hwang In Yeop berjaya menganjak ke hadapan dengan peratusan undian yang terbanyak sekali iaitu 59.4%, disusuli oleh Cha Eun Woo (43.7%), Shin Hye Sun (18.2%), Moon Ga Young (17.5%) dan Kim Myung Soo L (17.2%)

Hwang In Yeop memastikan dirinya sebagai pemegang takhta Kdrama Artist Top Stars” untuk dua bulan berturut-turut sejak Disember lalu selepas muncul mempesonakan menerusi drama tvN True Beauty, yang mana ianya sangat mengingatkan netizen pada Lee Jun Ki dan Kim Woo Bin pada suatu masa dulu. Bukan sekadar itu saja, Hwang In Yeop sekali lagi memintas populariti yang sepatutnya dikecapi oleh Cha Eun Woo daripada drama yang sama, memastikan Cha Eun Woo sentiasa berada di belakangnya. Hwang In Yeop membawakan watak Han Seo Jun, seorang yang mudah bersosial tapi agak berperangai kasar pada sesiapa yang tidak disukainya disebabkan latar belakangnya yang berasal daripada keluarga miskin. Menyukai bidang nyanyian dan mempunyai suara seperti Sam Smith, Han Seo Jun menjalani latihan sebagai idol tetapi hidupnya tidak keruan sejak menemui gadis yang diminatinya, Jungyeon (lakonan Moon Ga Young) dan terpaksa bersaing dengan Lee Sun Ho (lakonan Cha Eun Woo) bagi mendapatkan Jungyeon sepenuhnya.

Hadiri di tempat ketiga ialah Shin Hye Sun dengan lakonan penuh bersahaja di dalam drama tvN Mr. Queen. Membawakan watak pemaisuri berbekalkan roh lelaki dari masa hadapan, Shin Hye Sun berjaya menjadikan watak lakonannya sesuatu yang begitu lelucon dan membuatkan penonton tidak kering gusi ketawa menyaksikan telatahnya. Ini juga pencapaian terbaik pelakon perempuan di tempat ketiga sejak carta “Kdrama Artist Top Stars” bersiaran Oktober lalu.

Untuk pemegang  “Kpop Group Top Stars” pula, BTS sekali lagi mengekalkan undian tertinggi buat empat kali berturut-turut sejak Oct 2020 dengan peratusan undian sebanyak 46%. Populariti BTS sepanjang bulan Disember 2020 dan Jan 2021 lalu banyak dibantu dengan kemunculan tak rasmi di beberapa program tv terkemuka di Amerika Syarikat selain lagu-lagu solo dikeluarkan oleh ahli-ahli mereka masing-masing walaupun hanya sekadar promosi.

Hanya di belakang BTS saja, NCT mencipta lonjakan peratusan undian yang sangat tinggi yakni sebanyak 41.5%, memastikan Seventeen (32%), Treasure (24%) dan Golden Child (19.1%) masing-masing berada di tempat ketiga, keempat dan kelima. Album ‘Resonance’ Pt.1 dan Pt.2 yang dikeluarkan selang beberapa bulan membuatkan penggemar kpop ini beralih kepada NCT baru-baru ini dengan beberapa single menarik perhatian seperti ‘Make A Wish’, 90’s, ‘Work It’ dan ‘Resonance’.

Akhir sekali, penyanyi idol perempuan terkemuka, IU berjaya menyailang pemegang takhta “Kpop Idol Top Stars” dua bulan berturut-turut sebelumnya, iaitu Taehyung BTS dengan peratusan undian sebanyak 37.5%. Walaupun IU tidak banyak dibezakan dengan Taehyung yang berada di tempat kedua dengan beza undian sebanyak 0.6% saja, populariti IU tak perlu disangkalkan lagi. Perancangan IU mengeluarkan single ‘Celebrity’ yang tepat pada masanya, membuatkan peminat Uaena di Malaysia sepakat mengundinya bagi memastikan penyanyi itu senantiasa merangkul semula takhta terhebat yang beliau pernah sandang pada 2019 lalu, yang mana pada ketika itu kerana lakonannya di dalam drama tvN Hotel Del Luna.

Hal ini kerana single ‘Celebrity’ yang dikeluarkan sebelum album studio kelima yang belum diberikan judul itu menjelma, telah pun melakarkan kegemilangan di dalam carta muzik harian dan mingguan di Korea, yakni kejayaan mencipta kesempurnaan (“perfect-all-kill”) sebanyak 100 kali di Melon, Genie, Bugs dan sewaktu dengannya selain meraih no.1 di dalam carta mingguan digital Gaon. Dengan IU sebagai pemegang takhta berkenaan, beliau menjadi satu-satunya idol perempuan berjaya berbuat demikian sejak “Kpop Idol Top Stars” mula dilancarkan pada Oktober 2020 lalu. Di belakang IU dan Taehyung BTS pula ialah Jungkook (32.9%), Do Kyung Soo EXO (30.5%), dan Kim Yo Han Wei (20%).

Sebagai bonus, tiga lagu kpop paling popular di Malaysia sepanjang Jan 2021 lalu tetap adalah Resonance oleh NCT (23.1%), Life Goes On oleh BTS (20.5%), Dynamite oleh BTS (16.6%) dan My Treasure (13%) manakala pemegang gelaran Pelakon Berasal dari Idol yang Terbaik (“Best Idol Turned Actor”) sepanjang tahun 2020-2021 lalu ialah Cha Eun Woo ASTRO (27.2%),  Kim Myung Soo L dan Park Jin Young GOT7 yang kekal terikat di tempat kedua (11.1%), dan akhir sekali Rowoon SF9 di tempat keempat (10.4%). “Resonance” oleh NCT kekal mendominasi sebagai lagu kegemaran rakyat Malaysia sejak Disember 2020 lalu.

Kaji selidik Kmania TOP Stars Jan 2021 ini dibuat pada 30 hingga 31 Jan 2021 dengan anggaran 325 undian telah dicatatkan.

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmaniamy.com. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ bulan lalu sila klik pautan di sini.