Semenjak membawakan watak Han Ji Pyeong dalam drama “Start Up”, Kim Seon Ho semakin dikenali. Sementelah pernah menjadi sebahagian ahli rancangan realiti KBS “2 Days 1 Night” musim ke-4.
Pada 20 Januari, agensinya SALT Entertainment mengesahkan “Kim Seon Ho akan buat penampilan istimewa untuk drama ‘Run On.”
“Run On” menceritakan kisah orang yang cuba berhubung antara satu sama lain dalam bahasa masing-masing setelah tinggal di dunia yang berbeza dan pada jarak yang berbeza. Im Siwan berperanan sebagai Ki Sun Kyum, bekas atlet trek yang akan bersara setelah satu peristiwa yang mengubah hidupnya, sementara Shin Se Kyung pula sebagai Oh Mi Joo, seorang penterjemah filem asing yang sukakan cabaran.
Kim Seon Ho telahpun menyelesaikan penggambaran drama ini untuk wataknya sebagai pengarah filem. Pasukan produksi “Run On” menyatakan, “Sila tonton drama ini untuk maklumat lebih lanjut.”
Pelakon ini setuju untuk membuat penampilan istimewa kerana dia pernah bekerjasama dengan pengarah “Run On” Lee Jae Hoon dalam drama debutnya “Good Manager.”
“Run On” ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam KST dirangkaian JTBC. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Netflix pada hari yang sama.
Sementara itu, anda boleh saksikan lakonan Kim Seon Ho menerusi drama tvN “Start-Up”, JTBC “Welcome to Waikiki 2”, KBS “Good Manager” dan tvN “100 Days My Prince”
Sumber : Naver