Kejutan demi kejutan, jantina sebenar ‘Oh Yoon Hee’ Eugene di dalam SBS Penthouse pula terbongkar akhirnya

Image may contain: 4 people, text

Oh Yoon Hee, salah satu watak utama di dalam drama SBS Penthouse lakonan Eugene Kim telah mencetuskan spekulasi tentang identiti sebenar di sebaliknya.

Menurut episod ke-19 ditayangkan pada 29 Disember 2020, Shim Su Ryun (lakonan Lee Ji Ah) sudah pun mengetahui siapakah yang membunuh Min Seol Ah (lakonan Jo Su Min) tempoh hari. Shim Su Ryun menuduh Oh Yoon Hee melakukannya tetapi Oh Yoon Hee cuba mengelaknya.

Shim Su Ryun mengemukakan bukti DNA yang diperolehinya daripada rambut Oh Yoon Hee yang telah pun dikesan tercalit di kuku milik mendiang Min Seol Ah. Oh Yoon Hee tersentak lalu berkata, “Jangan memandai-mandai nak buat cerita. Hanya kau boleh ubahsuai sehingga capai tahap begini.”

Namun, yang mendatangkan kejutan kepada penonton apabila terteranya jantina sebenar Oh Yoon Hee yakni seorang lelaki berdasarkan kromosom XY dimilikinya samada beliau benar-benar seorang transgender yang telah pun menjalani pembedahan pertukaran jantina suatu masa dahulu.

SBS Penthouse semakin meraih perhatian penonton dengan berbaki dua episod lagi bakal ditayangkan pada minggu depan. Drama ini mendapat ‘ratings’ yang agak tertinggi dan disebut-sebut dalam persediaan untuk dihasilkan pula bagi musim kedua dan ketiga. SBS Penthouse boleh ditonton di ONE TV Asia cenel Astro 393 setiap Rabu dan Khamis jam 8.10 malam.

Sumber: tenasia

loading...