Ini dia barisan bintang yang akan buat persembahan di MBC Music Festival 2020

Image may contain: 4 people, people dancing, people standing and people on stage

Nampaknya produksi MBC Music Festival 2020 telahpun berkongsi barisan bintang-bintang hebat yang akan membuat persembahan di acara tahunan berprestij ini.

Antara bintang yang akan membuat persembahan di malam tersebut adalah NCT, MAMAMOO, Uhm Jung Hwa, GOT7, ITZY, Stray Kids, TWICE, WINNER’s Kang Seung Yoon, Norazo, The Boyz, Second Aunt Kim DaVi (Kim Shin Young), MONSTA X, (G)I-DLE, IZ*ONE, aespa, Oh My Girl, LOONA, Top 4 dari “People of Trot,” Lim Young Woong, Paul Kim, Jessi, dan Hwasa MAMAMOO.

Turut membuat persembahan adalah kumpulan Refund Sisters – projek kumpulan mendapat perhatian ramai  yang terdiri daripada Lee Hyori, Jessi, Hwasa, dan Uhm Jung Hwa. Bagaimanapun, kumpulan ini akan membuat persembahan secara bertiga memandangkan Lee Hyori tidak akan hadir di festival berkenaan ekoran situasi pandemik Covid-19 yang semakin serius.

Festival ini juga akan menampilkan Park Jin Young dan Rain, yang akan mempersembahkan lagu baru mereka untuk pertama kalinya. Manakala, Song Ga In dan Henry akan bergabung untuk satu persembahan istimewa.

MBC Korean Music Festival atau dikenali dengan nama MBC Gayo DaeJeJeon 2020 secara langsung dan akan dihoskan oleh Kim Seon Ho (Good Manager, Start-Up, 2 Days & 1 Night Season 4), YoonA (Girls’ Generation’s) dan Jang Sung Kyu. MBC Korean Music Festival akan disiarkan pada 31 Disember, jam 8.05 malam dan siaran ulangan pada 1 Januari 2021 jam 5 petang.

Jangan lupa untuk saksikan acara tahunan berprestij MBC ini. Pastinya bintang-bintang popular ini akan membuat persembahan yang hebat dan pastinya memukau para penonton.

Sumber : xportsnews

loading...