Blackpink tangguhkan konsert ‘online’ besar-besaran ke tarikh baru awal tahun hadapan

Blackpink membuat keputusan untuk menangguhkan konsert ‘online’ besar-besaran yang dibuat sempena mempromosikan album sulung mereka, ‘Blackpink The Album’.

Konsert tersebut yang dinamakan sebagai “YG Palm Stage – 2020 BLACKPINK: The Show” sepatutnya disiarkan secara langsung menerusi Youtube Music pada jam 1 petang waktu Malaysia, 27 Disember 2020. Jenama ‘Palm Stage’ diperkenalkan bagi menunjukkan konsert boleh ditonton di bawah tapak tangan manusia saja.

Bagaimanapun, arahan pihak kerajaan untuk menegah sebarang perhimpunan melebihi 10 orang pada 11 Disember hingga 28 Disember telah menyebabkan pihak pengurusan YG terpaksa membatalkan konsert itu yang diadakan pada 27 Disember ini. Tarikh baru konsert itu adalah pada 31 Jan 2021 bermula jam 1 petang waktu Malaysia.

Ahli-ahli Blackpink juga turut tumpang sedih dan kecewa dengan memaklumkannya menerusi instagram mereka masing-masing hari ini.

“Saya mungkin mahu menenangkan buat mereka yang tengah kesusahan sekarang, tetapi yang penting adalah menyediakan persembahan dalam keadaan yang selamat demi menjayakan ‘The Show’ ini. Jumpa ‘The Show’ tahun hadapan,” kata salah seorang ahli Blackpink seperti yang dipetik.

Untuk membeli tiketnya, sila ke sini: https://www.youtube.com/c/BlackPinkOfficial/join

Sumber: ytn