Moonbin ASTRO, Hyunjin Stray Kids, Juyeon The Boyz & Shotaro NCT bakal menggegarkan pentas ‘2020 KBS Gayo Festival’ bersama

Image may contain: 4 people

Moonbin ASTRO, Hyunjin Stray Kids, Juyeon The Boyz dan Shotaro NCT dilihat menuju ke satu lokasi, dipercayai untuk merakamkan persembahan sulung bersama di atas pentas ‘2020 KBS Gayo Festival’ nanti.

Persembahan khas itu dikatakan akan mempamerkan kemahiran tarian keempat-empat artis kpop berkenaan dalam satu lagu selepas dipuji di atas keunikan tarian mereka telah persembahkan di dalam kumpulan kpop yang dianggotai masing-masing.

Beberapa gandingan menarik dibuat oleh KBS sebelum ini agak berjaya disebabkan kimia yang ditonjolkan selain paduan vokal yang baik, contohnya, Psycho 00 yang dipersembahkan oleh Lee Daehwi AB6ix, Hyunjin Stray Kids, Sanha ASTRO dan Bomin Golden Child.

Persembahan khas di ‘2020 KBS Gayo Festival’ ini bakal berlangsung pada 18 Disember jam 7:30 malam nanti.

Sumber: N/A

loading...