10 Artis Kpop ini merupakan bekas atlet sukan yang hebat sebelum menceburi bidang nyanyian sepenuh masa

Tidak ramai atlet sukan meneruskan kerjaya mereka apabila usia meningkat. Hal ini mungkin kerana keminatan mereka sudah bertukar kepada bidang lain ataupun ada antara mereka pula terpaksa menggadaikan impian kerana memikirkan persaingan yang tak dapat ditempuh di peringkat seterusnya. Dengan berbekalkan rupa yang menawan dan aura selebriti, sebilangan daripada mereka akan dicapai terlebih dahulu oleh agensi untuk dilatih menjadi idol di kemudian hari.

Berikut adalah beberapa bekas atlet sukan yang kini meneruskan perjuangan mereka di dalam industri kpop:

1. Kim Yo Han Wei – Taekwando

Ramai sudah sedia maklum Kim Yo Han sebenarnya bekas atlete sukan taekwando sebelum menyertai rancangan realiti tv Produce X 101 dan seterusnya menjadi ahli kumpulan kpop X1. Ayah Kim Yo Han telah berkecimpung di dalam sukan taekwando selama 13 tahun, maka semangat kesukanan itu tampaknya diperturunkan kepada anaknya.

Sepanjang menjadi atlet taekwando selama bertahun-tahun, Kim Yo Han telah memenangi pertandingan taekwando belia peringkat kebangsaan sebanyak 2 kali sehingga seringkali terpilih untuk menganggotai kumpulan atlet taekwando kebangsaan. Namun, beliau akhirnya memilih kerjaya nyanyian untuk langkah seterusnya lantas menguburkan terus impian bergelar pemenang Olimpik buat selama-lamanya. Kemahiran taekwandonya itu kemudiannya dipraktikkan di dalam tarian akrobatik.

2. Suga BTS – Bola Keranjang

Jika diselongkar lagi kisah silam seseorang sosok bernama Min Yoongi ini, penyanyi rap utama kumpulan kpop tersohor BTS ini pernah menyertai kelab bola keranjang di sekolahnya sebagai pemain professional. Malah, nama “Suga” itu sebenarnya diinspirasikan daripada posisi ‘shooting guard’ yang dipegangnya ketika itu. Suga kemudian menceburi bidang yang sama ketika menyertai sukan ISAC pada tahun 2015.

Namun, walaupun telah lama berhenti bermain, Suga tak pernah sesekali melupakan bola keranjang. Beliau seringkali bertandang ke mana-mana kejohanan penting sukan itu jika kelapangan, contohnya Lakers Game di Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau pernah dilihat memakai T-Shirt terpampang nama mendiang Kobe Bryant, pemain lagenda bola keranjang sebagai tanda penghormatan kepadanya.

3. WOODZ atau Cho Seung Yoon UNIQ/X1 – Bola Sepak

Sebelum bergiat aktif menjadi idol, WOODZ terlebih dahulu pernah menjadi pemain professional bola sepak sejak usia belasan tahun. Disebabkan kemahiran melecek bola yang amat hebat, beliau terpilih menjadi pemain penyerang junior untuk kelab “S.C. Corinthians Paulista”, bertempat di Brazil selama 2 tahun. Nama jolokannya ketika itu ialah ‘ Luizinho’ di dalam bahasa Portugis.

Seperti juga Kim Yo Han, disebabkan keminatannya terhadap bidang nyanyian, beliau terus melupakan hasrat untuk meneruskan kerjaya bola sepak itu, sebaliknya mengaplikasikannya di dalam seni tarian pula.

4. Jackson Wang GOT7 – Lawan Pedang

Jackson Wang ini merupakan bekas pemain profesional sukan lawan pedang dan pernah dimasukkan ke dalam kumpulan atlet kebangsaan Hong Kong. Beliau mendapat tempat ke-11 ketika Sukan Olimpik Belia 2010, malah ditabalkan sebagai juara Asian Junior dan Kejohanan Kadet Lawan Pedang pada tahun 2011.

Tidak lama selepas itu, beliau terpilih sebagai pelatih di bawah JYP Entertainment, seterusnya menjadi ahli GOT7 paling popular di serata Asia dan Amerika Syarikat.

5. Yuna ITZY – Hoki Lantai

Ramai mungkin tak menyedari bahawa Yuna, maknae ITZY ini ialah bekas atlet sukan hoki lantai selama 4 tahun. Kehebatan permainannya pernah ditunjukkan di television ketika beliau terbabit di pertandingan kebangsaan dan akhirnya memberikan kemenangan beberapa kali buat pasukan yang dianggotainya.

6. Park Sunghoon Enhypen – Luncur ais berbunga

Sunghoon mampu mempersembahkan tarian penuh gemalai sepanjang bersama Enhypen disebabkan pengalamannya sebagai atlet peluncur ais kebangsaan yang disertainya sejak berusia 8 tahun pada tahun 2010. Luncur ais berbunga ini tersangat popular di dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk setiap empat tahun sekali.

Atas kehebatannya beraksi di dalam sukan berkenaan, beliau pernah dipanggil untuk menerima pingat emas di Lombardia Trophy dan menjulang pingat perak di Asian Figure Skating Trophy 2016-2017. Lebih manis menggelarkan dirinya sebagai “Ice Prince”, Sunghoon akan mempraktikkan apa saja yang dipelajarinya selama ini di dalam bidang nyanyian yang diceburinya kelak.

7. Peniel BTOB – Olahraga Menembak

Kalau dilihat pada susuk tubuh Peniel daripada kumpulan BTOB ini, tak ramai yang tahu Peniel sebenarnya pernah menjadi atlet olahraga menembak peringkat negeri Amerika Syarikat bertempat di Chicago, Illinois. Beliau bukan sekadar pemain biasa, malah turut memenangi pingat emas secara berkumpulan di dalam pertandingan olahraga menembak diceburinya di dalam peringkat negeri.

Kemahiran menembaknya jarang dipertontonkan, maka atas sebab itu, ramai peminat tidak tahu mengenainya.

8. Shownu Monsta X – Renang

Shownu merupakan bekas atlet sukan renang di sekolahnya sebelum memilih untuk bersama Monsta X. Beliau pernah bertanding di peringkat daerah sekolahnya.

Meraikan dirinya selaku bekas perenang, Shownu turun padang bagi menunjukkan kemahiran renangnya di dalam KBS My Neighborhood Arts and Sports tak lama dulu. Beliau telah mengejutkan peminatnya yang tak menyangka penyanyi itu masih kompetitif walaupun kini sibuk membina otot untuk aktiviti nyanyiannya.

9. Leo VIXX – Bola Sepak

Seperti juga WOODZ, Leo ialah bekas pemain bola sepak dan pernah dimasukkan ke dalam kumpulan atlet belia kebangsaan pada tahun 2004 hingga 2007.

Sehingga kini, Leo tidak tampak kaget dan masih bertenaga apabila cuba untuk menjaringkan gol untuk apa-apa pertandingan yang diceburinya.

Selain bermain bola sepak, beliau juga mahir di dalam sukan taekwando, renang dan tinju.

10. Kim Ki Bum (Key) SHINEE – Luncur Air

Penyanyi idola yang kacak daripada SHINEE ini merupakan bekas atlet sukan luncur air kebangsaan.  Key pernah diwakilkan oleh sekolahnya sebagai pemain sukan luncur air untuk pertandingan di bandar Daegu.

Beliau turut memenangi beberapa buah pertandingan ketika itu.

Bonus: Yoon Do Joon HIGHLIGHT merupakan bekas pemain bola sepak ketika di sekolah menengah, Hoshi SEVENTEEN merupakan bekas pemain taekwando dan meraih pencapaian tali pinggang hitam keempat, Bomi dan Chorong APink masing-masing mencapai peringkat ketiga di dalam sukan taekwando dan hapkido, dan akhir sekali Jaemin NCT pernah bermain luncur ais laju ketika di sekolah menengah.

Sumber: insight1, insight2

loading...