Dua ahli EVERGLOW disahkan positif Covid-19

Selepas dikejutkan berita dua orang ahli UP10tion dijangkiti Covid-19, kali ini dua orang ahli EVERGLOW pula telah disahkan positif.

Menurut Yuehwa Ent., Yiren dijangkiti Covid-19 selepas mempunyai kontak rapat dengan seorang kenalan dan beliau terus bergegas menjalani ujian sebaik saja dimaklumkan kenalannya disahkan positif. “Ujian diagnosis ke atasnya disahkan positif pada 1 Disember hari ini,” kata jurucakap agensi itu.

Turut terkena jangkitan ialah Sihyeon manakala empat ahli EVERGLOW lain terlepas daripadanya.

“Mereka berkongsikan asrama yang sama, oleh itu mereka kena jalani ujian. Sihyeon telah disahkan positif manakala empat yang lain negatif,” tambah agensi tu lagi.

Bercakap tentang apa tindakan susulan mereka, Yuehwa Ent. telah pun mewajibkan kesemua anak buah di bawah jagaannya itu dikuarantinkan selama 2 minggu.

Sumber: news1

loading...