Hanbin tetap jumpa peminat walaupun tidak bersama dengan ENHYPEN

Image may contain: 1 person, closeup and outdoor

Hanbin, salah seorang peserta rancangan realiti tv, Mnet I-land dijangka akan mengadakan pertemuan bersama peminat pada 31 Oktober 2020 ini.

Dinamakan pertemuan rasmi itu sebagai ‘Hanbin 100%’, majlis tersebut bakal distrimkan secara langsung menerusi cenel rasmi ‘Naver V Vietnam’. Hanbin atau nama sebenarnya, Ngô Ngọc Hưng menjadi satu-satunya wakil berbangsa Vietnam yang bertanding di I-Land. Kendatipun Hanbin memiliki pengaruh kelab peminat agak besar, namun penyanyi itu gagal untuk disenarai akhir sebagai tujuh orang ahli kumpulan kpop terbaru di bawah sokongan Big Hit Entertainment, ENHYPEN yang bakal debut tak lama lagi.

Dengan populariti awal yang dikecapi penyanyi itu, Hanbin akan menjadi pelatih BeLift pertama dalam kalangan warganegara Vietnam yang mungkin akan ‘debut’ samada sebagai artis solo atau kumpulan kpop pada satu masa itu.

Sumber: Naver Vietnam

loading...