Black Swan telah menemui peminat menerusi album debut, ‘Goodbye Rania’ bermula jam 5 petang hari ini, 16 Oktober 2020 setelah pelancaran ‘debut’ mereka ditangguhkan sejak sekian lama kerana pandemik Covid-19.
Serentak dengan pelancaran album debut mereka, single ‘Tonight’ ciptaan Melania Fontana dan Michelle Lindgren Schulz dikeluarkan. Melania Fontana merupakan komposer yang bertanggungjawab menulis sebahagian lagu-lagu popular dendangan BTS seperti ‘On’ dan ‘Boy With Luv’ serta Blackpink menerusi lagu ‘Bet You Wanna’ di dalam album debut pertama mereka, ‘The Album’.
Black Swan dianggotai oleh Hyeme (Korea), Young Heun (Korea), Judy (Korea), Fatou (Belgium), dan Leah (Brazil). Fatou, satu-satunya ahli kumpulan ini yang berbangsa kulit hitam manakala Leah pula berbangsa Jepun yang berasal dari Amerika Selatan. Hyemi sebelum ini berasal dari kumpulan RANIA dan menjadi satu-satunya ahli kumpulan itu yang masih aktif. Beliau kemudiannya menjenamakan ‘Rania’ kepada kumpulan kpop terbaru dinamakan sebagai ‘Black Swan’.
Sumber: yonhap news