Kesemua lapan ahli Girl Generation (tidak termasuk bekas ahli, Jessica Jung) hadir pada 2 Ogos 2020 bagi menyambut ulang tahun ke-13 penubuhan kumpulan mereka di samping menyambut hari jadi rakan sekumpulan, Tiffany Young.
Pada 5 Ogos 2020, Tiffany Young kemudiannya memuatnaik ucapan penghargaan buat peminat disertakan gambar sambutan hari jadinya. “Tidak kira betapa jauhnya kita, atau lamanya hubungan kita, saya tetap rasa kita bermula daripada mana kita tertinggal. Saya bangga perjalanan hidup kita bersama. Malah, hubungan adik-beradik ini tetap direstui dan semakin bertambah mekar,” katanya di laman instagram.
Pengumuman Tiffany, Sooyoung dan Seohyun untuk tidak lagi menyambung kontrak dengan SM Entertainment menimbulkan kegusaran buat peminat yang takut akan pembubaran kumpulan itu setelah masing-masing sibuk dengan kerjaya solo. Namun, ianya ternyata tidak berlaku dan mereka tetap bersama sehingga kini.
Sebelum kewujudan TWICE, Girl Generation telah terlebih dahulu melakar kegemilangan dengan penjualan album dan single paling laris di Korea sehingga populariti kumpulan itu juga dapat dirasai dan dikecapi di serata dunia.
Sumber: xsportnews