Bagaikan drama korea, seorang netizen dakwa ‘dipayungi’ Hanbin (B.I.) selepas dilihat menangis dalam hujan

May be an image of 2 people, child, people standing and text

Tular dalam satu kenyataan dibuat oleh seorang netizen menerusi laman Facebooknya, mendakwa Hanbin (B.I.), bekas ahli IKON itu telah menyerahkan payung kepadanya kerana dikhuatiri dirinya daripada dibasahi hujan.

Akuinya sebagai peminat, A dan kawannya sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Gimpo sebelum terserempak dengan penyanyi itu yang berkemeja-T kuning dan memakai gelang serta penutup muka dalam keadaan hujan yang turun renyai-renyai. A yang terkejut mendapati Hanbin betul-betul berada di depannya, tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata. Hanbin dikatakan cuba menghampirinya, mungkin dengan niat untuk mententeramkannya.

“Tiada apa-apa… Janganlah menangis. Tengah hujan ini. Kalau basah teruk karang, takut kamu pulak susah nanti. Ambil payung ini dan gunakan,” kata Hanbin seperti didakwa oleh A.

A dikatakan cuba menolak pemberian daripada Hanbin, namun dipujuk akhirnya untuk menerima payung tersebut. “Tiada apa-apalah. Maaf dan jangan nangis tau. Hati-hati bila balik nanti,” sambung Hanbin lagi.

Tidak dapat dipastikan samada dakwaan netizen itu adalah sahih ataupun sekadar bingkisan berbentuk ‘hasanah’ (direka-reka dengan tujuan tertentu). Apapun, sekiranya cerita itu benar, sikap Hanbin ini seharusnya dipuji mengenangkan penyanyi itu mungkin mahu menenangkan seseorang yang dilihat tengah berkecamuk hatinya dan betul-betul memerlukan perhatian daripada masyarakat, lantas diserahkan payung kepadanya sebagai reaksi yang wajar dilakukan.

loading...