Ikuta Toma akhirnya sudah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Seino Nana pada 1 Jun 2020 lalu.
Menurut Arama Japan, pasangan tersebut telah pun mendaftarkan sijil perkahwinan mereka di mahkamah bertempat di Tokyo. Kedua-duanya pernah dipertemukan di dalam drama bersiri TBS Ouroboros dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak daripada itu. Berita perkahwinan itu turut disahkan oleh Seino Nana menerusi instagram-nya tempoh hari. Seino Nana turut mempersoalkan kewajaran melangsungkan perkahwinan ketika wabak Covid-19 melanda, namun akhirnya memutuskan untuk menangani perit-jerih bersama.
Ikuta Toma amat dikenali di Malaysia menerusi drama-drama hit seperti Hanakimi yang pernah diadaptasikan di dalam drama korea, SBS To The Beautiful You.
Sumber: Arama Japan