Gandingan Lady Gaga & Blackpink, cipta rekod menakjubkan di dalam Billboard Hot 100, Spotify & Youtube

Image may contain: 5 people, people sitting

Portal Billboard mengesahkan lagu ‘Sour Pink’ dendangan Lady Gaga dan Blackpink berjaya menduduki no.33 di dalam carta Billboard Hot 100, sekaligus memahat sejarah sebagai satu-satunya kumpulan kpop perempuan berjaya berbuat demikian dengan tiga lagi single pernah menduduki carta itu sebelum ini iaitu Kill This Love” di posisi No. 41, “DDU-DU DDU-DU” di posisi No. 55, dan duet bersama Dua Lipa “Kiss and Make Up” pada posisi No. 93. Carta Billboard Hot 100 menentukan populariti single tersebut daripada semua segi di Amerika Syarikat di dalam seminggu termasuklah penstriman, jualan single serta bilangan ‘airplays’.

‘Sour Pink’ bukan saja melakar sejarah penting di dalam Billboard Hot 100, tetapi juga di Spotify dan Youtube juga. Menurut Forbes, ‘Sour Candy’ merupakan single duet penyanyi perempuan paling berjaya di Youtube di dalam masa 24 jam dengan tontonan sebanyak 21.8 juta orang. Malah, mereka juga melakarkan sejarah yang sama di Spotify dengan lebih 3.67 juta penstriman di masa 24 jam.

‘Sour Pink’ dimuatkan sebagai salah satu lagu di dalam album terbaru Lady Gaga berjudul ‘Chromatica’.

Sumber: Billboard , indepedent sg

loading...