Akui dirujuk ke hospital, Jeongyeon enggan tayang persembahan kurang sempurna untuk tontonan peminat TWICE

Image may contain: 1 person, closeup

Persoalan Mnet dan SBS tidak memuatnaik video tarian peribadi Jeongyeon (“fancams”) akhirnya terjawab juga.

Jeongyeon TWICE mengakui keputusan syarikat tidak memuatnaik video fancam-nya itu adalah atas permintaannya sendiri.

“Ketika saya sedang menjalani penggambaran muzik video More&More, saya terasa kebas di seluruh badan sehingga ke telinga. Maka, saya rasa lebih baik merujuk ke hospital walaupun sebelum ini mereka pernah menyakinkan semuanya baik-baik saja. Saya bertemu dengan pakar di hospital kali ini dan akhirnya saya didapati mengalami sakit tulang belakang (“herniated disk”). Saya dapat tahu seminggu sebelum ‘comeback’. Akhirnya, saya terlantar di hospital dan tidak dapat menyertai latihan bersama-sama dengan rakan-rakan TWICE yang lain,” katanya menjelaskan perihal kesihatan dialaminya sekarang.

Image may contain: 1 person, standing

“Saya sangat benci memikirkan peminat menonton persembahan yang kurang sempurna. Sebab itu tiada ‘fancams’ untuk saya,” katanya lagi.

TWICE kini sedang mempromosikan album ‘More&More’. Album ‘More&More’ kini mencatat jualan sebanyak 332,416 unit di dalam seminggu dengan pembelian awal melebihi 550,000 unit menurut JYP. TWICE turut mencatat sejarah kumpulan kpop perempuan pertama menembusi carta album Billboard 200 dengan menduduki tangga ke-200.

Sumber: MBN

loading...