Song Jae Rim & Park Ji Yeon dilihat bermesra-mesra di stesen minyak, agensi nafi dakwaan sedang bercinta

Gambar di sebelah kanan hanya sekadar hiasan semata-mata.

Agensi kedua-dua belah pihak hari ini menafikan dakwaan bahawa Song Jae Rim dan Park Ji Yeon sedang bercinta, malah hubungan mereka hanya sekadar kawan yang saling bantu-membantu.

Terdahulu, laporan berita mengatakan seorang saksi melihat Song Jae Rim menemani Park Ji Yeon di dalam kereta yang dipandu olehnya sewaktu dalam perjalanan ke Chungju, daerah Chungcheong pada 17 Mei 2020.” Kereta tersebut berhenti di sebuah stesen minyak sebelum Park Ji Yeon keluar menggapai pam untuk mengisi minyak. Bagaimanapun, langkahnya terhenti apabila Song Jae Rim yang duduk di bangku penumpang keluar bagi menghulurkan bantuan. Kedua-duanya bermesra-mesra seolah-olah sedang bercinta. Mereka kerap memandang ke arah sekeliling jika ada yang memerhati gelagat dari jauh,” kata saksi tersebut seperti dilaporkan.

Agensi Partners Park mengesahkan mereka memang sedang ke destinasi dimaksudkan, tetapi menyangkal dakwaan mereka sedang berpacaran. “Jiyeon mengenai Jae Rim menerusi drama, dan sejak daripada itu mereka jadi rapat. Baru-baru ini, sebaik saja mengetahui Ji Yeon baru saja membeli motosikal dan sedang belajar cara-cara untuk menunggangnya, Jae Rim terus menempah trek motosikal di Taebak dan bersedia untuk membantunya. Pada masa itu, mereka dalam perjalanan ke Taebaek. Mungkin itu yang saksi itu nampak,” lapor agensi itu.

Agensi Grand Anse tidak bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan oleh agensi Partners Park, malah mengiyakan laporan tersebut dengan hanya menafikan mereka sedang bercinta. “Jae Rim sedang berlatih motosikal di Taebak, manakala Ji Yeon yang baru berjinak-jinak untuk menunggang motosikal, mengikutinya ke sana,” katanya.

Song Jae Rim dan Park Ji Yeon pernah berlakon bersama-sama di dalam drama KBS I Wanna Hear Your Song. Kelibat mereka baru-baru ini telah disangka-sangka sebagai ‘cinta lokasi’ (cinlok).

Sumber:  sport trend , my daily

loading...