Raya semakin dekat, Cha Eun Woo & Jaehyun NCT 127 mohon diampunkan salah & silap atas kecuaian mengabaikan penjarakan sosial

Cha Eun Woo ASTRO dan Jaehyun NCT 127 membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan peminat mereka hari ini dengan mengarangkan surat ditujukan khas buat mereka. Tindakan itu diambil lantaran kedua-duanya pun telah mengaku mengikuti Jungkook BTS dan Mingyu SEVENTEEN berseronok-seronok di Itaewon pada 25 April 2020 sehingga didapati mengabaikan penjarakan sosial ketika saranan untuk menangani penularan Covid-19.

Bermula dengan Jaehyun NCT 127, penyanyi itu bermuhasabah diri akan kecuaiannya mengunjungi Itaewon ketika saranan untuk mengamalkan penjarakan sosial diperluaskan. Jaehyun memohon maaf kerana telah mengecewakan peminat yang mempercayainya selama ini serta terhadap mereka yang terkesan akibat tindakannya itu.

Permohonan maaf Jaehyun disusuli dengan Cha Eun Woo pada lewat tengah hari tadi. “Ramai pegawai kesihatan dan rakyat cuba untuk membasmi Covid-19 dengan saya sendiri telah menyertai kempen cabarkan diri, ‘Thank You’. Saya berasa kesal kerana telah mengadakan pertemuan dengan kenalan di restoren dan bar di Itaewon tanpa mengamalkan penjarakan sosial,” katanya bagi menjawab kritikan netizen terhadapnya semalam. Sejurus dengan itu, Cha Eun Woo membuat permohonan maaf atas kekhilafannya itu terutamanya kepada mereka yang telah nyata kecewa akan tindakannya itu.

loading...