Gong Yoo akan menjadi angkasawan di samping perisik Bae Doona di drama sci-fi, Netflix The Sea of Silence?

Gong Yoo sedang mempertimbangkan lakonan di dalam terbaru terbitan Netflix berjudul “The Sea of Silence.”

“The Sea of Silence” adalah sebuah drama cereka sains masa depan berkisarkan apa yang terjadi sekiranya bumi ketandusan akibat kekurangan makanan dan sumber air. Satu kumpulan saintis telah diarahkan mengambil sampel berharga di bulan yang ditinggalkan oleh kem terbiar, dikatakan sebagai kunci untuk menyelamatkan bumi.

Gong Yoo akan membawakan watak sebagai Yoon Jae, seorang tentera merangkap sebagai kapten kumpulan saintis yang mengetuai ekspedisi ke bulan bagi memperolehi sampel berkenaan. Beliau ditakrifkan sebagai seorang berkarisma dan berkepimpinan tinggi. Manakala, Bae Doona akan berlakon menjadi perisik bernama Gian, yang belum diketahui tentang perwatakan dan apa hubungannya dengan Yoon Jae setakat ini.

Sekiranya Gong Yoo bersetuju membintangi drama ini, ia bakal menjadi drama pertamanya sejak tvN Goblin di mana beliau memperolehi anugerah Best Actor 6th CARI Kdrama Awards. “The Sea of Silence” akan diterbitkan oleh pelakon Jung Woo Sung dan bakal mendapat sutradara baru, Choi Hang Yong serta penulis skrip filem berkaliber, Park Eun Kyo (“Mother”). Ia bakal dihasilkan di dalam lapan bahagian berbeza dan bakal menjalani penggambaran pada Ogos 2020 ini.

Sumber: ytn 1  , ytn 2

loading...