Ju Ji Hoon akan berlakon di samping idolanya, Jun Ji Hyun di dalam drama terbaru penulis ‘Signal’ selepas Park Seo Joon ‘menolak’?

Jun Ji Hyun dan Ju Ji Hoon sedang mempertimbangkan secara positif tawaran lakonan sebagai hero-heroin di dalam drama terbaru nukilan penulis tvN Signal dan Netflix Kingdom, Kim Eun Hee berjudul ‘Mount Jiri’.

Ju Ji Hoon dikatakan akan membawa watak sebagai Kang Hyun Joo, seorang renjer taman negara ‘Mount Jiri’ yang mempunyai rahsia tersendiri di mana dia merupakan bekas leftenan askar selama enam tahun. Dia mengembara di hutan simpan ‘Mount Jiri’ bersama dengan Seo Yi Kang (lakonan Jun Ji Hyun).

Ditanya jika diberi peluang untuk berlakon di samping Jun Ji Hyun sebelum ini, Ju Ji Hoon berkata, “Saya peminat tegar Jun Ji Hyun sejak dari kecil lagi. Saya pun sudah jadi pelakon yang bagus sekarang dan boleh berlakon disampingnya tetapi sehingga kini belum lagi berhasil”.  Jun Ji Hyun dan pihak produksi semacam sudah muktamadkan”. Untuk rekod, Jun Ji Hyun pernah membuat kemunculan di dalam siri kedua Netflix Kingdom yang turut dibintangi oleh Ju Ji Hoon dan Bae Doo Na walaupun hanya sekadar cameo di akhir cerita.

Agensi Ju Ji Hoon pula dilaporkan berkata Ju Ji Hoon masih mempertimbangkannya yang didakwa sebagai tawaran sama pernah diberikan pada pelakon Park Seo Joon. Menurut sumber dalaman, tawaran itu terus diberikan pada Ju Ji Hoon selepas pihak Park Seo Joon belum memuktamadkan penglibatannya sejak sebulan yang lalu.

“Ju Ji Hoon mempunyai jadual aktiviti yang padat sepanjang tahun ini, maka beliau tak berkesempatan untuk ke lokasi penggambaran. Pihak produksi drama sedang memeriksa jadual Ju Ji Hoon sekarang,” kata jurucakap agensinya seakan-akan mengiyakan penglibatan Ju Ji Hoon secara rasmi.

‘Mount Jiri’ berkisarkan tentang sekumpulan manusia yang suka mengembara hingga mendaki ke kawasan pergunungan tinggi. ‘Mount Jiri’ menjadi sasaran utama para pendaki kerana mempunyai landskap yang memukau mata memandang. Walaupun begitu, tak mudah untuk mencapai ke puncak tertinggi berikutan cuaca buruk seperti hujan lebat, angin taufan, ribut salji dan tanah runtuh sering menghantui para pendaki dengan akses yang sangat terhad daripada helikopter menyebabkan Kang Hyun Joo tampil menyelamatkan mereka selepas menerima panggilan kecemasan yang berlarutan selama lima jam sehari.

‘Mount Jiri’ yang ditulis oleh pemenang Best Screenplay 5th CARI Kdrama Awards ini, bakal diarahkan oleh pemenang Best Director 6th CARI Kdrama Awards, Lee Eun Bok (“tvN Goblin”,” KBS Secret Love”,”tvN Mr. Sunshine”) untuk tayangan menjelang pertengahan tahun hadapan. Cenel tayangan belum ditentukan lagi.

Sumber: IS Plus, donga, insight

loading...