Kacak persis putera idaman, gaya Lee Min Ho menunggang kuda di dalam SBS The King : Eternal Monarch dapat perhatian netizen

Drama terbaru garapan penulis skrip tersohor, Kim Eun Sook ini, SBS The King : Eternal Monarch sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh peminat drama korea berikutan ia merupakan penampilan pertama Lee Min Ho di dalam arena drama sejak selesai berkhidmat dengan ketenteraan selama hampir dua tahun.

Dalam beberapa gambar dikeluarkan Netflix dan SBS serentak hari ini, Lee Min Ho dilihat menunggang kuda berwarna putih di dalam dunia dimensi di mana dia bertindak sebagai maharaja. Lee Min Ho membawakan watak sebagai maharaja Yigon yang terpaksa bertelagah dengan musuh politiknya daripada kerabat yang sama, iaitu Lee Jung Jin yang melakonkan watak abang kepada mantan maharaja sebelumnya, merangkap ayah saudara kepada Yigon. Gambar-gambar tersebut dipercayai diambil di lokasi penggambaran yang terletak di jajaran hutan buluh Ahopsan, Gijang-gun, Busan.

Rata-rata netizen memuji gaya ditunjukkan oleh Lee Min Ho di dalam gambar-gambar yang disertakan itu, yang mana persis bak putera idaman mereka.

 

SBS The King : Eternal Monarch ialah sebuah drama berkonsepkan dua dimensi dunia yang berbeza  antara Republik Korea dan juga negara dengan sistem monarki berpelembagaan. Maharaja Yigon menjualkan dirinya kepada syaitan untuk kekal berkuasa. Syaitan tersebut membuka dunia dari dimensi yang berbeza dan Yigon akan menyelinap masuk ke dunia dimensinya untuk menyamar dirinya yang lagi satu. Dunia dimensi tersebut dikatakan lebih indah berbanding dunia sebenar yang dialaminya. Di sana, dia bertemu dengan Luna (lakonan Kim Go Eun), seorang yang dikenalinya sebagai penjenayah daripada dunia dimensi yang asal.

SBS The King : Eternal Monarch akan mula ditayangkan pada 17 April 2020 dan boleh dicapai menerusi Netflix bagi penonton drama di Malaysia.

Sumber: xsportnews

loading...