Mengancam betul aksinya, Hwasa Mamamoo mendada untuk single duet bersama ONEWE pula

Hwasa atau nama sebenarnya, Ahn Hye Jin daripada kumpulan kpop Mamamoo, memuatnaik gambar-gambar yang dipercayai diambil ketika pembikinan video klip ‘Q’, dendangan duet bersama kumpulan kpop, ONEWE.

Gambar-gambar tersebut menampakkan aksi Hwasa mendedahkan separuh bra yang disarungkan sekali dengan baju sukan yang telah dicabutkan zipnya. Hwasa seringkali dipuji kerana tarian dan aksinya yang begitu provokatif, menyebabkan dia secara konsisten meletakkan dirinya antara artis Kpop perempuan paling popular di negaranya dalam kajian reputasi jenama diadakan setiap bulan.

Hwasa kini sedang  menyibukkan dirinya di dalam MBC ‘I Live Alone’ dan video klip ‘Q’ boleh ditonton di bawah.

Sumber: instagram Hwasa

loading...