Setelah membuat pengakuan terkena jangkitan Covid-19, Jaejoong kembali menjelaskan ianya sekadar gurauan dibuat pada hari April Fool.
Jaejoong berkata di laman instagram-nya, “Agak melampau, tetapi dalam masa singkat ramai yang bimbang tentangnya. Orang yang saya sayang dijangkiti virus? Ia betul-betul menyedihkan. Akan tetapi, saya tak tahu kerana saya juga bimbang tiba-tiba jatuh sakit. Bayangan seolah-olah saya dan orang lain masih selamat sedang menyakiti diri ini.”
Penjelasan Jaejoong itu mendatangkan amarah kepada hampir kesemua netizen kerana tidak sensitif dengan bahaya penularan Covid-19 yang bukan boleh dibuat main-main. Sebaik saja berita tentang Jaejoong terkena jangkitan Covid-19 mendapat liputan meluas, kebanyakan media meletakkan tajuk Jaejoong sebagai artis Kpop pertama dijangkiti virus corona tersebut.
Sumber: newsis