Wonho disebut-sebut bakal sertai semula Monsta X setelah polis mendapatinya tak bersalah

Starship Entertainment membuat kenyataan hari ini bahawa penyiasatan polis ke atas anak buahnya itu telah mendapati Wonho tidak bersalah. Starship dilaporkan telah menamatkan kontraknya bersama Wonho sebaik saja Wonho mengumumkan dia telah keluar daripada Monsta X pada Oktober yang lalu. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila Wonho memperbaharui kontraknya bersama Starship Entertainment dengan Starship pula mengeluarkan kenyataan bagi pihak dirinya untuk kali ini.

Baca lagi: Wonho titipkan pesanan terakhir buat Monbebe

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Starship Entertainment sebentar tadi,

“Hello, ini Starship Entertainment. Pada 10 Mac lalu, Polis di Jabatan Siasatan Dadah Seoul telah menyimpulkan segala penyiasatan terhadap Wonho dan akhirnya ‘membebaskannya’. Pada akhir Oktober lepas, Wonho dituduh menyalahguna dadah jenis ganja lalu mendesak polis untuk menjalankan siasatan mengenainya. Wonho menyerah dirinya kepada pihak polis dan menyertai segala sesi soaljawab. Sepanjang lima bulan lalu, polis tidak dapat menjumpai sebarang bukti yang boleh membawa pertuduhan bersalah pada Wonho. Akhirnya, hasil siasatan telah dimuktamadkan pada 10 Mac.

Atas tindakan ini, Wonho dan Starship ingin memohon maaf kepada peminat kerana telah menyebabkan kerisauan selama ini. Kami mahu sampaikan salam ikhlas kepada peminat di Korea dan juga luar negara, yang tak henti-henti memberikan sokongan sehingga keputusan penyiasatan selesai.

Tambahan lagi, sewaktu siasatan dijalankan, kami cuba mengurangkan pendedahan berlebihan daripada pihak media dan memilih peguam terbaik buatnya. Kami akan berusaha memastikan Wonho berada di jalan yang dimahukannya di masa depan.

Dengan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh pihak Starship Entertainment dan tanda-tanda positif bahawa Starship akan tetap membantunya, Wonho mungkin akan kembali menyertai Monsta X semula pada suatu masa nanti. Keputusan tersebut dikatakan bergantung pada Wonho sendiri samada mahu bergerak solo atau kembali bersama Monsta X.  Peminat Monbebe sudah pasti boleh bergembira dengan berita ini.

Monsta X dijadualkan akan melancarkan single terbaru, ‘Wish on the Same Sky’ untuk pasaran muzik Jepun.

Sumber: sport seoul

loading...